View: 224|Reply: 0
|
Liverpool ujian getir sebelum ke Singapura
[Copy link]
|
|
SKUAD Harimau Malaya akan menerima satu lagi ujian getir menentang juara Eropah lima kali, Liverpool dalam Siri Jelajah Asia 2011, Sabtu ini - gelanggang persiapan baik buat anak didik Datuk K Rajagobal sebelum menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, minggu depan.\rLiverpool tanpa kapten, Steven Gerrard dan ayam tambatan baru, Luis Suarez (atas) akan tiba ke tanah air, hari ini untuk membuat kemunculan buat julung kali ke Malaysia.\r\n\n\n\n\r Menurut penganjur, pemain The Reds dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) awal pagi ini dari Guangzhou, China selepas mengadakan siri perlawanan persahabatan jelajah di sana.\r\r\n\n\n\n\n Peminat boleh menyaksikan kelibat pemain pujaan mereka pada sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 7 malam ini.\rBagaimanapun, sesi latihan itu dibuka kepada peminat yang mempunyai pas khas sesi latihan berkenaan sahaja.\rSementara itu, penaja rasmi Liverpool - Standard Chartered dan Courts, masing-masing mempunyai program tersendiri meraikan ketibaan mereka.\rBagi Standard Chartered Malaysia, acara “Standard Chartered Liverpool FC Fanzone” di Pavilon Kuala Lumpur adalah pesta bagi meraikan ketibaan pasukan serta peminat kelab EPL yang bermula sejak Isnin lalu. Antara acara kemuncak ialah penampilan skuad bola sepak itu pada jam 3 petang, esok.\r\n\n\n\n\rSementara Courts juga turut mengatur sesi bertemu peminat di premisnya di Setapak dan Cheras juga pada jam 3 petang, hari yang sama.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|