|
ROME: Pemain tengah Belanda, Wesley Sneijder yang dikatakan menjadi sasaran Manchester United dan Malaga, mengakui bersedia meninggalkan kelabnya Inter Milan, sekiranya menerima tawaran yang dikemukakan untuknya.\r“Tentu sekali, jika kelab bercadang mahu menjual, saya akan pergi ke mana yang diarahkan, tetapi saya pasti sedih meninggalkan kelab ini,” Sneijder dipetik berkata dalam temubual dengan majalah Vanity Fair edisi Itali.\r\n\n\n\n\r “Saya dan isteri gembira di Milan, dan saya akan merindui Inter, namun begitulah dunia bola sepak. Semasa Real Madrid menjual saya kepada Inter, saya mahu tinggal di Sepanyol ketika itu.”\r\r\n\n\n\n\n Inter minggu lalu bersetuju dengan urus niaga untuk menandatangani pemain tengah muda dari Argentina, Ricky Alvarez dari Velez Sarsfield, yang dilihat sebagai pemain yang bakal mengganti posisi Sneijder.\rNamun jurulatih baru kelab itu, Gian Piero Gasperini ketika bercakap di kem latihan pra musim di Pinzolo di Banjaran Alps Itali berkata, dia yakin perancang itu akan kekal bersama Inter.\r“Sneijder adalah pemain hebat, antara pemain handalan. Pendekatan dipamerkannya sangat positif. Dia di sini dan mahu kekal bersama kami.”\rPenolong pengurus Manchester United, Rene Meulensteen minggu lalu berkata dia “tidak dapat memikirkan pemain lain yang lebih sesuai untuk pasukan kami” manakala bekas pertahanan, Gary Neville turut sependapat dengannya.\r\n\n\n\n\r“Dia seorang pemain yang hebat, sudah beraksi dengan beberapa kelab hebat seperti Real Madrid dan Inter dan tiada apa yang perlu dibimbangkan untuk datang ke sini,” katanya. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|