CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Voeckler rampas jersi kuning

[Copy link]
Post time 12-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelumba Europcar dahului 1:49s di depan pemenang peringkat 9 SanchezSAINT-FLOUR: Pelumba Perancis, Thomas Voeckler (Europcar) merampas jersi kuning pendahulu Tour de France selepas tamat peringkat kesembilan yang penuh aksi dramatik dan dicemari banyak insiden kemalangan yang dimenangi pelumba Sepanyol, Luis Leon Sanchez (Rabobank).\rVoeckler adalah antara pelumba yang melakukan pemecahan awal dalam peringkat sejauh 208 kilometer dari Issoire itu dan tidak dicabar selepas insiden kemalangan membabitkan peloton yang mencetuskan kacau bilau dan kelewatan pelumba untuk mengejarnya.\r\n\n\n\n\r   Dua pelumba yang mengikuti Voeckler dalam kelompok depan, Johnny Hoogerland dan Juan Antonio Flecha, kemudian gagal bersaing untuk mencatat kemenangan selepas dilanggar kereta yang membawa krew televisyen, 35km dari garisan penamat.\r\r\n\n\n\n\n   Insiden itu menyaksikan hanya pelumba Rabobank, Sanchez, Voeckler dan rakan senegaranya, Sandy Casar (FdJ) bersaing ke garisan penamat dengan Sanchez memulakan pecutan pada jarak 250m untuk meninggalkan Voeckler di tempat kedua.\r“Tahun lalu, Casar menewaskan saya dalam pecutan antara dua pelumba (di Saint-Jean-de-Maurienne) tetapi ketika itu saya silap kerana tidak meneliti garisan penamat,” kata Sanchez selepas memberikan kemenangan pertamanya untuk Rabobank musim ini.\r“Hari ini saya membuat kerja rumah. Saya tahu bagaimana penamatnya dan ia begitu sesuai dengan saya.”\rCasar menduduki tempat ketiga manakala juara kebangsaan Belgium, Philippe Gilbert (Omega Pharma) mengetuai peloton 3 minit 59 saat kemudian.\r\n\n\n\n\rVoeckler yang mengambil alih jersi kuning daripada pelumba Norway, Thor Hushovd kini mendahului Sanchez dengan kelebihan 1:49s dengan pelumba Australia, Cadel Evans ketiga (-2:26s), diikuti Frank Schleck (-2:29) dan Andy Schleck (-2:37) manakala juara bertahan, Alberto Contador ketinggalan 4:07s. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.066121 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list