|
Mara ke separuh akhir selepas menang penentuan penalti 5-3DRESDEN: Juara dua kali, Amerika Syarikat (AS) menewaskan Brazil 5-3 menerusi aksi dramatik penentuan penalti untuk mara ke separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia Wanita selepas kedudukan masa tambahan terikat 2-2, kelmarin.\rPertahanan AS, Alex Krieger menjaring gol kemenangan pada penentuan penalti itu selepas penjaga golnya, Hope Solo menampan sepakan Daiane untuk memberikan kelebihan kepada AS pada penentuan itu.\r\n\n\n\n\r Terdahulu, penyerang AS, Abby Wambach menjadi penyelamat untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti menerusi tandukan pada minit ke-122 bagi mengikat kedudukan selepas perancang Brazil, Marta menjaringkan gol pada minit ke-92.\r\r\n\n\n\n\n Perlawanan masa sebenar terikat 1-1 apabila gol sendiri Daiane hanya selepas dua minit perlawanan berlangsung disamakan sepakan penalti Marta pada minit ke-68 yang disempurnakan menerusi percubaan kedua.\rAS terpaksa bermain 10 orang apabila pertahanannya, Rachel Buehler dibuang padang sebelum itu.\rHasil kemenangan itu, AS akan berdepan Perancis di Moenchengladbach pada separuh akhir esok untuk penentuan tempat ke final di Frankfurt, Ahad ini. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|