CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Pentas konsert Rihanna terbakar

[Copy link]
Post time 11-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
DALLAS:  Konsert penyanyi Rihanna sering dikenali  dengan konsep ‘panas’ dan ‘mengancam’.  Bagaimanapun, pentas tempat  penyanyi itu beraksi  benar-benar terbakar malam kelmarin ketika beliau menjayakan konsertnya di Dallas sebagai sebahagian daripada konsert jelajah LOUD.\r“Konsert itu berjalan lancar sehingga lampu di atas pentas terbakar,” lapor CBS Dallas-Fort Worth.\r\n\n\n\n\rAkhbar Daily Mail melaporkan kebakaran itu mencetuskan panik kepada penonton yang menyaksikan konsert di Pusat Penerbangan Amerika. \r\r\n\n\n\n\nTiada kecederaan dilaporkan dan Rihanna, 23, yang memakai pakaian kuning diiringi turun dari pentas selepas krew menyedari kejadian itu. \rKebakaran itu berlaku kira-kira lima minit dengan penonton menjerit dan peminat yang berada di barisan hadapan bergerak ke pintu keluar. \rLaporan menyatakan punca kebakaran daripada pyroteknik (bahan berkaitan bunga api) yang dibina untuk menghasilkan latar belakang berwarna warni.\rBomba Dallas, Kapten Johnny Bates memberitahu CBS, “Jentera bomba tiba di tempat kejadian tetapi api yang awal sudah dipadamkan oleh pihak pusat itu atau krew konsert. Semua dalam kawalan dan tiada kecederaan,”.\r\n\n\n\n\rRihanna menyiarkan mesej dalam Twitternya selepas kejadian itu untuk memberitahu peminatnya.\rBagaimanapun, bintang Umbrella itu sedih kerana terpaksa membatalkan jelajah itu dan berjanji akan mengadakan konsert lain untuk peminat. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.390289 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list