CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Kvitova gegar Wimbledon pada usia muda

[Copy link]
Post time 10-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ikon baru tenis Republik CzechPETRA Kvitova memberikan satu perubahan positif kepada dunia tenis wanita dengan membuktikan bahawa seseorang itu mampu memenangi kejohanan Grand Slam tanpa perlu terjerit-jerit ketika beraksi seperti kelaziman dilakukan oleh bintang tenis handalan wanita masa kini.\rSelepas menamatkan kecemerlangan aksi Victoria Azarenka di separuh akhir, Kvitova melengkapkan kecemerlangannya di Wimbledon Sabtu lalu dengan menewaskan ‘Ratu Pekik’ Maria Sharapova pada perlawanan akhir.\r\n\n\n\n\r  “Saya tahu bunyi bising bukan selalunya menyenangkan penonton,” kata Kvitova, 21, juara Wimbledon termuda sejak Sharapova memenanginya pada 2004.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya langsung tidak peduli siapa yang berada di sebelah sana gelanggang dan tidak peduli mengenai bunyi bising.”\rSekalipun sudah menjadi terkenal dan kaya ekoran kejayaan memenangi Wimbledon, pemain yang dilahirkan di Republik Czech itu masih kekal dengan corak kehidupan sama.\rSelepas beberapa hari berehat selepas memenangi Wimbledon, dia tetap menaiki kereta Skoda lamanya untuk meneruskan latihan di Prostejov - sesuatu yang agak janggal bagi seseorang yang telah menjadi kaya dan terkenal selepas menjuarai kejohanan tenis paling popular di dunia.\r“Adakah saya akan membeli kereta baru sekarang? Saya tidak rasakan seperti itu. Saya sudah lama menggunakan kereta ini,” katanya yang turut mengakui belum terfikir bagaimana untuk membelanjakan wang 1 juta pound (RM4.8 juta) hasil kemenangan di Wimbledon.\r\n\n\n\n\rSelain masih terkejut dengan kejayaan Sabtu lalu, Kvitova mengakui dia sebenarnya merasakan masih belum cukup bagus dan tempoh singkat dirinya terbabit secara serius dalam tenis juga dianggapnya tidak memadai untuk memenangi kejuaraan Grand Slam.\r“Sehingga usia 16 tahun, saya hanya bermain tenis selama satu setengah jam selepas waktu persekolahan dan saya tidak pernah terfikir ia mencukupi untuk menjadi seorang pemain tenis profesional. Saya juga tidak mempunyai rakan pelatih dan hanya bermain dengan dua abang dan ibu bapa saya,” katanya.\rBegitupun, kejuaraan Wimbledon dimenangi Kvitova yang dicapai menerusi servis ace pada mata penamat yang jarang sekali dilakukan oleh mana-mana pemain, memikat perhatian idolanya, Martina Navratilova, yang juga rakan senegaranya.\rLegenda tenis wanita yang memenangi kejuaraan Wimbledon sembilan kali itu menyifatkan Kvitova bakal menjadi      ikon baru untuk negaranya dan yakin pemain itu bakal meneruskan kecemerlangannya dalam sukan itu. - Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.391082 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list