|
Mahu muncul dalam kelompok 12 terbaik duniaANDAI kata skuad hoki senior kebangsaan melepasi sasaran untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik di Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan 26 November hingga 4 Disember ini, Malaysia bakal memperbaiki ranking ke-15 sekarang kepada ranking antara 12 terbaik dunia selepas berjaya merangkul pingat perak di Sukan Asia Guangzhou, tahun lalu.\rPendedahan dan pengalaman sudah pun diberi kepada pasukan sejak awal tahun lalu apabila Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), merencanakan pelbagai perlawanan tidak kira persahabatan ataupun kejohanan dengan menentang pasukan yang jauh lebih tinggi ranking bagi ‘memperkasakan’ skuad kebangsaan.\r\n\n\n\n\rJika hasrat di Johannesburg berhasil dan semangat itu dibawa dengan baik pada kelayakan Olimpik, awal tahun depan nescaya Malaysia sekali lagi berupaya untuk melonjakkan kedudukan antara ranking ke-10 terbaik di dunia.\r\r\n\n\n\n\nJusteru, kemenangan Malaysia ke atas skuad senior Sepanyol 3-2 dalam perlawanan persahabatan kedua, kelmarin di laman lawan boleh dijadikan sandaran dan sumber inspirasi buat skuad kendalian Tai Beng Hai bagi mengharungi percaturan sebenar, bermula hujung tahun ini.\r“Dari awal tahun kita sudah mengaturkan kira-kira 40 perlawanan untuk pasukan negara sebelum mengharungi kelayakan Olimpik, tahun depan. Ini semuanya adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka terutama ketika bertemu dengan pasukan yang lebih tinggi rankingnya.\r“PHM berharap pasukan dapat mengetahui di mana tahap mereka sebenarnya dan mencari kelemahan yang boleh diperbaiki,” kata Setiausaha PHM, Maninderjit Singh. \rDia berkata, skuad senior Jepun bakal menjadi lawan persahabatan seterusnya di Stadium Hoki, Bukit Jalil, 6 hingga 15 Ogos ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|