|
RALEIGH: Pemenang pingat perak 100 meter dunia dari Amerika Syarikat (AS), Tyson Gay telah menjalani pembedahan artroskopik terhadap pinggul kanannya yang cedera dan tidak akan berlari lagi tahun ini, kata pengurusnya kelmarin.\rGay, lelaki kedua terpantas di dunia di belakang Usain Bolt, menjalani pembedahan itu di Vail, Colorado, Selasa lalu, kata Mark Wetmore dalam satu kenyataan.\r\n\n\n\n\r “Doktor gembira dengan hasil pembedahan itu dan yakin Tyson akan kembali menyambung latihan asasnya yang biasa ketika musim luruh sebagai persiapannya menghadapi musim 2012,” kata Wetmore.\r\r\n\n\n\n\n Gay yang sering mengalami kecederaan berharap dapat berlumba dengan pelari Jamaica, Bolt pada kejohanan dunia Ogos ini tetapi terpaksa menarik diri pada separuh akhir 100m pada pemilihan skuad AS untuk ke kejohanan dunia itu bulan lalu akibat kecederaan berkenaan.\rDia kini akan menumpukan perhatian terhadap pemulihan dan persediaan untuk Olimpik 2012 di London dan jangkaan pertembungan dengan Bolt.\r“Pembedahan terhadap kecederaan di pinggulnya berjalan seperti dikehendaki - tanpa sebarang perkara di luar jangka atau komplikasi,” kata Dr Marc Philippon dalam satu kenyataan. “Saya jangka dia akan kembali menyambung latihan selepas enam hingga sembilan minggu.” -Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|