|
Saiz badan bukan masalah buat Jepun menentang tuan rumah WOLFSBURG: Penyerang Jepun, Yuki Nagasato enggan mengakui dirinya terganggu menjelang pertembungan suku akhir Piala Dunia Wanita menentang tuan rumah dan juga juara bertahan, Jerman hari ini di Wolfsburg. \rJerman, juara dua kali diletakkan sebagai pilihan untuk menjulang kejuaraan ketiga manakala Jepun mara selepas mengejutkan Kumpulan B dengan kemenangan ke atas New Zealand dan Mexico sebelum tewas kepada England 2-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.\r\n\n\n\n\r “Saya sudah bersedia untuk beraksi menentang mereka,” kata Nagasato yang beraksi bersama kelab Turbine Potsdam di Jerman. “Saya kenal baik pemain-pemain Jerman dan dengan cara itu, saya dapat membantu pasukan untuk lebih bersedia pada perlawanan itu. Mereka mungkin besar dan kuat namun ia bukan masalah buat saya.\r\r\n\n\n\n\n “Dalam bola sepak, saiz badan tidak begitu penting. Kita cuma perlu berfikir bagaimana untuk bermain dengan mereka,” kata pemain yang sudah 66 beraksi bersama pasukan kebangsaan dengan 32 jaringan termasuk ketika menang 2-1 ke atas New Zealand tempoh hari.\rDalam pada itu, jurulatih Jerman, Silvia Neid dijangka sekali lagi tidak akan menurunkan ketua pasukan Birgit Prinz, 33, pemain wanita yang paling banyak mengumpul kaps di dunia sama seperti pada pertemuan terakhir peringkat kumpulan menentang Perancis lalu, ekoran prestasi hambar dalam dua perlawanan terdahulu. \r“Saya tidak fikir akan diletakkan dalam kesebelasan utama,” kata Prinz yang akan bersara selepas kejohanan ini. “Tiada alasan untuk menukar pemain di posisi serangan,” katanya. - AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|