View: 147|Reply: 0
|
Skuad hoki benam Sepanyol
[Copy link]
|
|
Kemenangan bakar semangat: PHMSKUAD hoki senior negara gah merakam kemenangan 3-2 mengatasi pasukan ranking ke-6 dunia, Sepanyol dalam siri persahabatan antarabangsa kedua buat mencari sedikit penawar duka selepas kecundang 0-2 kepada pasukan sama dalam perlawanan pertama tempoh hari.\r“Sepanyol bukan calang-calang pasukan. Bagi PHM ia adalah satu keputusan baik untuk persiapan mengharungi Piala Cabaran di Johannesburg dan juga kelayakan Olimpik nanti,” kata Setiausaha Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Maninderjit Singh, semalam.\r\n\n\n\n\r “Berlawan dengan pasukan yang mempunyai ranking lebih tinggi adalah suatu pendedahan baik buat pasukan negara bagi mencari kelemahan dan mengetahui tahap sebenar kemampuan pasukan.\r\r\n\n\n\n\n “Sebenarnya pada perlawanan persahabatan ini, menang atau kalah itu adalah perkara nombor dua kerana ia percaturannya berbeza dengan perlawanan sebenar. Apapun di sini adalah medan untuk menguji taktikal dan sebagainya.”\rSkuad negara akan pulang ke tanah air, esok. \rKejayaan anak didik Tai Beng Hai itu boleh dianggap membanggakan walaupun pada babak awal saingan memperlihatkan Sepanyol mengasak dan menjaringkan gol pertama pada minit keempat melalui pukulan sudut penalti yang menewaskan penjaga gawang negara, S Kumar. \rTersentak, skuad negara bangkit menyamakan kedudukan minit ke-21 menerusi Muhammad Marhan Mohd Jalil sebelum meledakkan dua lagi jaringan menerusi Tengku Ahmad Tajudin A Jalil ( minit ke-42) dan Faiz Helmi Jali (minit ke-54) menerusi pukulan sudut penalti.\r\n\n\n\n\rSepanyol merapatkan jurang dengan gol kedua minit ke-49.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|