CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Pontianak baik

[Copy link]
Post time 4-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Sazzy teruja menanti tarikh 7 Julai 2011 CERITA pasal pontianak kembali lagi ke pawagam. Kalau sebelum ini Maya Karin tampil sebagai pontianak menerusi Pontianak Harum Sudal Malam, tetapi untuk versi Tolong! Awek Aku Pontianak pula menampilkan Sazzy Falak sebagai hantu yang jelita lagi menggoda. \n\n\n\nNamun, antara Maya dan Sazzy, karektor pontianak dalam filem mereka memang agak berbeza. Maya dalam Pontianak Harum Sundal Malam bangkit untuk membalas dendam di atas lelaki yang membunuhnya sekaligus memperlihatkan karektor jahat. \n\n\n\n\nSebaliknya, Sazzy dalam Tolong! Awek Aku Pontianak arahan James Lee adalah pontianak baik. “Saya pun pada awalnya memang agak keliru dengan watak pontianak yang dibawakan kerana menerusi filem ini (Tolong! Awek Aku Pontianak), saya jadi hantu yang baik, bukan pembunuh atau penghisap darah.“Sebab itulah saya mengambil masa agak panjang juga untuk memahami karektor ini,” katanya. Begitupun, dia bersyukur kerana dapat bekerja dengan insan profesional, terutama James yang memberikan banyak panduan input selain menjadikan dirinya faham sepenuhnya untuk menghidupkan watak Maya. \n\n\n\nSazzy juga menjelaskan dia beruntung kerana digandingkan dengan Zahiril Adzim yang dianggap sebagai berbakat besar dan tidak mengambil masa lama untuk membentuk keserasian sepanjang menjayakan watak masing-masing. “Di set penggambaran kami cepat mesra malah punya keserasian sebagai teman gandingan. Apa pun pengalaman di set begitu menyeronokkan.“Walaupun Maya nampak seperti kayu, hakikatnya itulah yang membuatkan dirinya unik kerana di sebalik sifat luaran yang keras, Maya punya hati yang putih salju selain mengharapkan cinta sejati daripada seorang insan. Seboleh-bolehnya saya cuba bersikap seperti biasa untuk menjadikan watak itu lebih hidup,” katanya yang turut berdebar menanti maklum balas penonton.Bercerita lanjut mengenai wataknya sebagai hantu pontianak bernama Maya, Sazzy berkata, untuk watak itu selain memenuhi kehendak pengarah, dia perlu berlakon tanpa ekspresi yang banyak. “Watak Maya ini sebenarnya bertentangan dengan keghairahan lakonan saya yang lebih menitikberatkan ekspresi. Tapi demi mencabar diri, saya lakukannya juga. Maya ialah hantu dari era 50-an yang sangat baik dan naif. Dia disumpah menjadi pontianak.“Wataknya agak kontra berbanding lakonan adiknya, Liyana (lakonan Liyana Jasmay). Liyana lebih ceria dan gila-gila. Watak Maya menuntutnya untuk menyembunyi status dirinya sebagai pontianak daripada pengetahuan masyarakat,” katanya yang turut menanti tayangan filem Dari Kerana Mata.Tambah pelakon wanita berdagu cantik semula jadi ini, dia bersyukur kerana tarikh tayangan serta jadual mempromosikan filem Tolong! Awek Aku Pontianak dibuat selesai menjalani berpantang melahirkan anak. “Selain mempromosikan filem ini, tumpuan utama saya tetap pada keluarga dan anak-anak. Saya juga akan memperlahankan sedikit kerjaya lakonan dan memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan. Lagipun pengacaraan tidak mengambil masa yang lama berbanding lakonan.“Mungkin saya akan kembali aktif selepas anak kembar saya berusia enam bulan ke atas. Tapi andai ada kata ada tawaran berlakon yang berbaloi untuk diterima, saya sedia mempertimbangkan sekali gus tidak ralat untuk berenggang dengan anak,” katanya.Populariti pelakon bukan pelarisHANYA dua bulan masa diambil untuk menyiapkan skrip Tolong! Awek Aku Pontianak manakala penggambarannya sekitar 25 hari namun filem komedi seram yang mengisahkan percintaan anak muda dari dua alam berbeza tampil penuh bergaya apabila sarat dengan aneka rencah - penuh drama, kejutan dan humor hingga penghujung cerita.Di tangan James Lee selaku pengarah dan penulis skrip, kisah anak muda bernama Bob lakonan Zahiril Adzim yang ditinggalkan kekasih dan kemudian terpaut hati terhadap gadis depan rumah, Maya (Sazzy Falak) yang tanpa disedari adalah pontianak jelmaan manusia diolah sebegitu cantik kerana mampu membuatkan penonton tertunggu-tunggu babak seterusnya.Melihat senarai pelakon, penerima Anugerah Filem Terbaik Asean di Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2005 itu tidak kisah membariskan wajah baru dalam penerbitannya malah dia enggan menjadikan populariti sebagai pelaris sebaliknya ‘bersenjatakan’ keseluruhan pakej untuk memancing khalayak ke pawagam terutama menyediakan plot yang bagus.“Setiap pengkarya punya alasan tersendiri apatah lagi saya sendiri suka bereksperimentasi. Bagi saya tidak perlu penonton digula-gulakan kerana dalam sesebuah filem, setiap elemen memainkan peranan penting termasuk lakon layar, sinematografi dan pemilihan pelakon apatah lagi kita sebagai penonton mesti mahu mengikuti cerita yang bagus sebelum membeli tiket.“Bagi saya bakat baru mudah dibentuk. Lagipun mereka ini memang berbakat besar cuma tiada peluang lagi. Kita juga membantu industri dengan menggilap bakat baru. Filem ini contohnya, saya yakin tidak salah pilih kerana selain barisan bintang sedia ada, kehadiran beberapa muka baru mewarnakan kisah. Mereka memang berbakat, saya sendiri masih ketawa walau berulang kali menontonnya,” katanya selepas prebiu Tolong! Awek Aku Pontianak.Filem terbitan Tayangan Unggul yang dijadualkan masuk panggung bermula 7 Julai ini berkisar kehidupan lelaki lurus bendul, Bob yang berpindah ke pangsapuri baru bersama teman baiknya, Pian (Sufian Mohamed) untuk membina hidup baru selepas percintaannya dengan Ina (Faezah Elai) berkecai namun sebenarnya mereka berjiran dengan dua bersaudara pontianak, Liyana (Liyana Jasmay) dan Maya.Walau pada awalnya si adik kurang menyenangi kehadiran mereka kerana khuatir identiti terbongkar, selepas pasti kejujuran lelaki itu, mereka berempat menjadi rakan baik malah ketua Bob, Faizal (Rashidi Ishak) yang sering membulinya turut menawarkan peluang pekerjaan kepada Maya dan pada masa sama secara terbuka menyambut cinta Bob.Selepas melalui insiden menakutkan, Faizal dan sekutunya, Kamal (Yus Waisar) cuba mendedahkan siapa Maya dan Liyana yang sebenar hingga mereka berusaha mendapatkan bantuan bomoh ulung bernama Aaron Slam Bach (Harun Salim Bachik) malah keadaan semakin kelam kabut apabila kakak sulung yang ganas, Nadia (Nurul Wahab) muncul.Antara muka baru yang membuatkan penonton tidak kering gusi melihat telatah mereka adalah watak Pian dan Kamal kerana punya daya penarik yang mewarnakan keseluruhan cerita terutama Sufian selaku teman karib Bob. Tidak perlu dialog berlebihan atau aksi slapstik, melihat memek mukanya sudah mampu membuatkan panggung bergema dengan gelak tawa.Gelisah di sisi bintang besarYus yang mengakui baru pertama kali bekerja dengan James juga tidak wajar diketepikan apabila dalam keadaan tertentu wataknya menyemarakkan lagi sikap nakal anak majikannya, Faizal sekali gus bertindak sebagai orang suruhan malah secara simbolik menunjukkan orang kecil dapat merasa kuasa dengan ‘menghimpit’ orang besar.Watak sampingan lain juga dilihat begitu ‘menjadi’ terutama perwatakan Faizal yang suka menggunakan hasil kerja Bob untuk menaikkan nama sendiri malah sampai suatu tahap disebabkan tidak dapat menakluk perasaan Maya, dia cuba memerangkap gadis itu dengan helah kotor tetapi akhirnya turut berjaya membongkar sisi menakutkan Maya.“Saya tidak pernah bekerja dengan James namun mengagumi karyanya. Apabila diminta membawakan watak lelaki kasanova di bawah arahan sutradara istimewa ini, sudah tentu saya teruja. Paling mencabar tentu saja ketika parti kostum. Saya dan Sufian memakai kostum dari filem Avatar hingga terpaksa disolek lebih empat jam,” katanya yang menanti peluang bekerja lagi dengan sutradara itu.Paling menggamit tumpuan sudah pasti kecomelan watak Bob dan Maya yang menunjangi Tolong! Awek Aku Pontianak kerana masing-masing punya keunikan yang membuatkan khalayak geram dan suka kepada dua karektor ini dalam satu masa. Menyingkap latar belakang kedua-dua pemegang watak ini, masing-masing secara kebetulan pernah membawa pulang trofi di Festival Filem Malaysia meskipun berlainan musim namun bukan kejayaan itu yang membuatkan James terpanggil untuk menggandingkan mereka sebaliknya keyakinan terhadap bakat mereka.Bagi Zahiril Adzim, peranan yang diajukan James memang tidak mungkin dilepaskan kerana menonjolkan watak berbeza berbanding beberapa produk terdahulu sekali gus berusaha mengorek sisi lain dalam dirinya.“Saya terkejut apabila dia menawarkan watak dalam filem komedi hingga membuatkan saya meminta pandangan daripada beberapa individu walau cukup berminat bekerja sekali lagi di bawah arahannya. Apabila masuk ke set, saya banyak belajar daripadanya malah boleh dikatakan James insan yang bertanggungjawab mencungkil karektor yang lebih lucu untuk filem ini.“Sudah pasti saya gelisah kerana bekerja dengan nama besar termasuk Sazzy Falak, Rashidi Ishak, Datuk Jalaluddin Hassan, Jehan Miskin, Syanie dan ramai lagi, mereka nyata turut sedia berkongsi ilmu. Sazzy misalnya, saya tidak sangka suatu hari nanti berganding bahu dengan aktres pujaan dalam filem,” katanya tanpa berselindung.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.360210 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list