|
MOENCHENGLADBACH: Brazil dan Norway menepati status sebagai pasukan pilihan Kumpulan D apabila masing-masing membuka kempen mereka di kejohanan bola sepak Piala Dunia Wanita dengan kemenangan 1-0 kelmarin.\rNamun, dua pasukan handalan itu masing-masing diberi tentangan sengit oleh pencabar mereka Australia dan pendatang baru Equatorial Guinea dalam aksi penutup tirai perlawanan pertama peringkat kumpulan.\r\n\n\n\n\r Brazil, naib juara 2007, memerlukan gol minit ke-54 oleh Rosana untuk menewaskan pasukan muda Australia di Moenchengladbach, manakala terdahulu di Augsburg, gol lewat Emelie Haavi memastikan tiga mata penuh buat juara 1995, Norway.\r\r\n\n\n\n\n “Saya sedar kami bakal berdepan persaingan paling sukar di sini,” kata jurulatih Brazil, Kleiton Lima. “Bola sepak wanita telah banyak berubah sejak empat tahun lalu dan kami tahu kami akan berdepan perlawanan yang sangat sukar.”\rWalaupun membariskan Pemain Terbaik Dunia lima kali, Marta dalam skuad mereka, Brazil tampak gugup di awal permainan. Perlawanan yang menjadi tumpuan ramai itu gagal memikat penonton pada awal permainan dengan Marta mempamerkan aksi jauh daripada prestasi kebiasaannya.\rSementara itu, jurulatih Australia, Tom Sermanni menyenaraikan skuad baru termasuk pemain remaja, Emily van Egmond, 17, dan Caitlin Foord, 16, dan mengakui dia berbangga dengan cara pemain terbabit membantu mengekang Marta, 25.\r“Ia sukar, perlawanan yang sangat sukar,” kata Lima. “Apabila anda di Piala Dunia, pemain mungkin sudah ada pengalaman tetapi mereka menjadi gemuruh dan ini boleh menjejaskan permainan mereka.” - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|