View: 88|Reply: 0
|
Tiket Olimpik jadi sasaran
[Copy link]
|
|
Sandaran utama ASUM ke Kejohanan Dunia FINA di Shanghai\rBUKAN pingat sasaran negara tetapi tiket ke Sukan Olimpik 2012 London menjadi matlamat utama kontinjen negara ke Kejohanan Dunia FINA 2011 di Shanghai, 16-31 Julai ini.\r\n\n\n\n\r Seramai lapan penerjun dan lima perenang sudah melayakkan diri ke kejohanan dwitahunan edisi ke-14 di Shanghai yang menjadi medan pertama merebut tiket ke Olimpik London.\r\r\n\n\n\n\n “Fokus kami kali ini berbeza berbanding kejohanan sebelum ini. Kami mahu tempat ke Olimpik dan jika mendapat pingat, itu adalah bonus bagi negara,” kata Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Edwin Chong.\rBiarpun Malaysia memperoleh satu gangsa menerusi gandingan penerjun Pandelela Rinong Pamg-Leong Mun Yee dalam acara 10m platform serentak pada 2009, Edwin tidak mahu meletakkan sebarang sasaran kepada mana-mana perenang dan penerjun.\r“Kami pasti bukan semua akan mendapat tempat, namun kalau boleh kita mahukan seramai mungkin atlit segera layak ke Olimpik supaya persiapan ke London boleh dimulakan secepat mungkin,” katanya.\rMenurutnya, hanya 12 perenang atau penerjun yang layak menempatkan diri di pusingan akhir dalam acara individu akan mendapat tiket ke Olimpik manakala bagi acara terjun serentak, hanya tiga pasangan terbaik dalam setiap acara layak.\r\n\n\n\n\rAntara penerjun yang bakal menggalas cabaran negara di Shanghai ialah Pandelela, Mun Yee, Bryan Nickson Lomas dan Yeoh Ken Nee manakala perenang yang bersaing ialah Khoo Cai Lin, Chan Kah Yan dan Chui Lai Kwan.\r“Semua wakil negara sama ada perenang yang sedang berlatih di Bukit Jalil ataupun penerjun yang berlatih di China, kini berada dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang kecederaan,” katanya sambil menambah skuad terjun yang terus ke Shanghai 12 Julai ini manakala perenang terbang pada 21 Julai.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|