View: 246|Reply: 0
|
Medan Tahrir bermandi darah rakyat
[Copy link]
|
|
KAHERAH: Pertempuran berdarah berlaku di antara penunjuk perasaan dan polis antirusuhan Medan Tahrir di sini, berikutan kehampaan memuncak berhubung kelewatan pemerintah tentera memperkenalkan pembaharuan yang dijanjikan.\r“Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di depan Kementerian Dalam Negeri di tengah-tengah Kaherah, membakar tayar dan membaling batu ke arah polis,” kata pegawai keselamatan.\r\n\n\n\n\rSaksi berkata, kira-kira 80 cedera dalam pertempuran itu antara perhimpunan paling ganas dilihat sejak bantahan rakyat yang menggulingkan presiden kuku besi, Hosni Mubarak, Februari lalu.\r\r\n\n\n\n\nKementerian Kesihatan pula melaporkan sehingga 590 orang cedera dalam pertempuran itu dan 75 pula dimasukkan ke hospital. \rKumpulan 6 April yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan berkenaan mendesak agar rakyat Mesir menuju ke Medan Tahrir pada 8 Julai bagi mempercepatkan pembaharuan ke arah demokrasi. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|