|
Tomok percaya perkahwinan tidak jejas sokonganBEKAS vokalis kumpulan New Boyz yang kini bergerak secara solo, Tomok percaya peminat dunia hiburan hari ini bersikap terbuka dengan setiap artis yang sudah berkahwin.\n\n\n\nIni terbukti apabila ramai penyanyi atau pelakon yang sudah mendirikan rumah tangga masih diberikan sokongan berterusan selagi mereka mempunyai produk yang baik. \n\n\n\n\n“Ada sebahagian peminat yang memang membesar dengan lagu saya dan New Boyz. Masa sudah berubah. Saya yakin mereka (peminat) faham saya kini sudah sampai ke fasa perkahwinan.“Zaman peminat perempuan histeria sudah tidak ada lagi, semuanya sudah dewasa dan matang,” katanya. Tomok atau Shah Indrawan Ismail berkata, dia akan terus menjadikan nyanyian dan muzik sebagai kerjaya untuk menyara kehidupannya.Anak muda berusia 27 tahun itu bakal melalui detik bersejarah dalam hidupnya iaitu melangsungkan akad nikah dengan Siti Rahayu Abas, esok (1 Julai).\n\n\n\nIa menamatkan era bujang Tomok selepas lapan tahun menganyam cinta dengan gadis pilihannya itu. Penyanyi yang popular dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang, Lukamu Lukaku Jua dan Meraung itu, tetap tenang apabila ditanya mengenai detik manis yang bakal dihadapinya nanti.“Saya sudah bersedia bernikah. Kini sudah tiba masanya saya untuk berkahwin dan membina kehidupan dan berkeluarga,” katanya.Menyerahkan segala persiapan di tangan keluarga, Tomok yang sudah mencecah usia 27 tahun ini, menjelaskan apabila ada persiapan dan persediaan secukupnya, tidak perlu lagi ada perasaan bimbang untuk memimpin memimpin tanggungjawab sebagai suami.“Saya rasa sudah sampai seru untuk berkahwin dan berharap perkahwinan ini berjalan lancar,” katanya.Selepas bernikah esok, ia disusuli dengan tiga majlis berasingan iaitu pada 2, 6 dan 9 Julai ini.“Akad nikah di Dewan Serbaguna Keramat, dan keesokan harinya majlis kenduri sebelah keluarga perempuan yang akan diadakan di dewan yang sama. Pada 6 Julai adalah majlis persandingan kami di Saloma Bistro yang akan mengundang media dan VIP, serta 9 Julai pula di Alam Damai,” katanya.Terdahulu, beberapa minggu sebelum majlis pernikahannya, juara program realiti One In A Million itu sempat menghabiskan masa menyiapkan penggambaran telefilem Diari Kampus Biru arahan Murali Abdullah.Dalam telefilem yang diterbitkan oleh produksi milik Universiti Utara Malaysia (UUM), Tomok memegang peranan utama, beraksi di sisi pelakon berpengalaman seperti Wan Maimunah dan Wan Norazlin.Tomok berkata, dia sangat bersyukur kerana sejak kebelakangan ini, selain kerjayanya nyanyiannya secara solo mula berkembang, kemampuannya dalam bidang lakonan sudah mula mendapat perhatian pengarah dan penerbit.“Sebenarnya, ini adalah kali kedua saya bekerjasama dengan UUM. Sebelum ini saya pernah ke Palembang untuk bersama mempromosikan universiti itu,” katanya.Menerusi Diari Kampus Biru, Tomok memegang watak ‘ budak kolej’ yang mengalami tekanan dan benci yang meluap kepada si ibu akibat dihasut oleh nenek yang menjaganya sejak kecil lagi.“Saya membawa watak pelajar kolej yang agresif dan mempunyai konflik dengan ibu kandungnya sendiri. Bagi saya watak yang perlu saya bawa ini cukup berat kerana saya perlu kasar dan kena menangis pula,” katanya.Tomok juga tidak menafikan berasa sedikit tekanan dirasainya kerana dia perlu memberikan yang terbaik kerana menganggap Murali sebagai pengarah hebat.“Saya perlu memberikan yang terbaik. Bagi saya yang bukan pelakon, menerima tawaran ini ibarat mematangkan diri saya dan ia sebagai menimba pengalaman,” katanya lagi.Ibarat menyelam sambil minum air, Tomok bertuah apabila lagu dalam album Tomok digunakan sebagai lagu tema dalam telefilem itu.“Lagu Cintaku di Indonesia adalah lagu tema filem itu dan sejujurnya lagu ini khas buat peminat di Indonesia,” katanya yang mengharapkan lagu-lagunya terus diminati peminat tanah seberang itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|