View: 135|Reply: 0
|
Perhitungan Sharapova, Lisicki
[Copy link]
|
|
LONDON: Dua pemain yang memiliki pukulan kencang, Maria Sharapova dan Sabine Lisicki bakal bertembung dalam saingan separuh akhir Wimbledon, hari ini ketika pertemuan berkenaan menjadi sebutan ramai.\rSharapova, pilihan kelima dari Russia kini dilabel pilihan menjuarai mahkota buat kali kedua di sini selepas kali terakhir memenangi gelaran Grand Slam itu pada 2004 tapi dia tetap akur lawannya yang berusia 21 tahun itu bukan calang-calang pemain.\r\n\n\n\n\r “Saya bakal menentang seorang pemain yang bertambah yakin dan benar-benar seorang pemain atas padang rumput. Ini adalah satu saat membimbangkan buat saya,” kata Sharapova yang bersetuju dengan pendapat pertemuan ini akan ditentukan oleh faktor kekuatan.\r\r\n\n\n\n\n Kelmarin, wanita emas Russia itu menampilkan prestasi memikat penonton menewaskan pemain Slovakia, Dominika Cibulkova 6-1, 6-1 di suku akhir.\rLisicki, pemain wanita Jerman pertama layak ke separuh akhir sejak Steffi Graf pada 1999 dan pemain wild card kedua yang berjaya mara ke saingan empat terakhir, menewaskan pilihan kesembilan, Marion Bartoli 6-4, 6-7 (4/7), 6-1.\rCibulkova yang mengejutkan pemain nombor satu dunia yang juga pilihan utama, Caroline Wozniacki di pusingan 16 terakhir, tampak tidak seperti akan mengulangi kejutan seperti itu menentang Sharapova.\rLisicki yang kariernya berdepan kesukaran apabila kecederaan buku lali menyebabkannya hampir tidak mampu berjalan tahun lalu berazam untuk memanfaatkan kemaraan mengejutnya, andai itu adalah peluang terakhirnya. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|