|
SKUAD elit memanah paralimpik negara mensasarkan kedudukan enam teratas pada Kejohanan Memanah Dunia di Torino, Itali pada 10 sehingga 19 Julai ini.\rKejohanan dunia itu menawarkan enam pasukan terbaik menempah tiket ke Sukan Paralimpik London 2012, menurut jurulatih memanah paralimpik negara, Amirullah Ahmad.\r\n\n\n\n\r Selain kejohanan dunia itu, katanya, Kejohanan Memanah Berkerusi Roda Kebangsaan Britain dan Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Stoke Mandeville, England, September ini, turut menjadi pusingan kelayakan Sukan Paralimpik London.\r\r\n\n\n\n\n “Ini tidak bermaksud kita tidak menghantar atlit untuk menyertai lain-lain kejohanan. Mereka turut dihantar ke pelbagai kejohanan berpretasi tinggi sebagai persediaan,” katanya, semalam.\rSkuad memanah negara akan diketuai oleh pemanah nombor satu dunia, Mohammad Salam Sidik, Zulkifli Mat Zin, Mohd Zafi Rahman, Hasihin Sanawi serta pemanah wanita tunggal, Nor Saadah Abdul Wahab.\rMereka dijadualkan akan berlepas ke Torino, hari ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|