CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 5

Jawablah!: Keranamu Zahrah

[Copy link]
Post time 29-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
|\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJimmy mahu bahagia sebagai seorang bapaAIR MATA yang mengalir saat ditemubual mengenai kelahiran cahaya mata sulung yang disiarkan dalam program Gala TV Plus Ahad lalu sudah cukup menterjemahkan naluri seorang bapa bernama Jimmy Shanley.\n\n\n\nBiarpun ada yang menyifatkan air mata seorang lelaki itu mahal harganya, namun bagi pengacara berdarah campuran ini, dia tidak kisah ‘membuangnya’ demi untuk insan yang tersayang.\n\n\n\n\nBagi mereka yang berkesempatan menyaksikan program itu, pastinya melimpah ruah perasaan simpati terhadap jejaka yang kini sedang berdepan dengan masalah rumah tangga yang sehingga kini masih belum nampak sebarang jalan penyelesaiannya.Bayangkan, selama sembilan bulan dia terpisah bersama isteri yang dicintai yang ketika itu sedang hamil anak sulung mereka.Sepanjang tempoh itu juga, Jimmy bagaikan tenggelam punca mengenangkan rumah tangga yang baru saja dibina kecundang di landa badai. Siang malam mengenang nasib diri yang tidak bertuah seperti pasangan lain. Apatah lagi mengenangkan nasib anak yang bakal lahir, itu semua sudah cukup membuatkan kehidupan Jimmy sering gundah gulana.Namun, sebaik saja bayi comel yang diberi nama Zahrah Shanley itu lahir ke dunia, kehadirannya bagaikan memberi semangat baru buat Jimmy. Segala kesedihan yang selama ini membelenggu dirinya mahu dibuang jauh-jauh. Dia kini mahu lebih bersikap positif dalam menempuh hari yang mendatang biarpun nasib rumah tangganya masih lagi terumbang-ambing.\n\n\n\nMendasari hati Jimmy selepas bergelar bapa, ternyata semangatnya begitu kuat. Tegasnya, meskipun ditakdirkan bahawa perkahwinannya itu berakhir dengan perceraian, dia reda kerana apa yang lebih penting adalah kebahagiaan zuriat yang amat bermakna dalam kehidupannya itu.Hip: Ramai yang tertanya-tanya mengapa Jimmy mengalirkan air mata seperti yang disiarkan dalam program Gala TV Plus tempoh hari? Apa yang membuatkan hati Jimmy terusik?Jimmy: Hati mana yang tak sedih, naluri bapa mana yang tidak tersentuh apabila zuriat yang dinantikan, akhirnya menjelma di depan mata. Bayangkan, selepas perkahwinan kami dilanda krisis peribadi dan isteri saya meninggalkan rumah sehinggalah saya tahu dia mengandung anak pertama kami, sepanjang itulah juga saya tidak berpeluang menjaganya seperti bapa lain. Sebaik saja melihat dia di depan mata, tidak semena-mena perasaan sebak menguasai diri saya. Rasa sedih kerana dapat juga saya memeluk dan iqamahkannya. Saya berjanji dengan diri saya sendiri untuk menjaganya sebaik mungkin supaya dia membesar menjadi seorang anak yang sempurna.Hip: Benarkah dakwaan kononnya Jimmy sendiri tidak diberitahu mengenai kelahiran bayi itu. Bagaimana penerimaan keluarga mentua dan isteri dengan kehadiran Jimmy di hospital?Jimmy: Saya memang dimaklumkan dengan kelahiran anak pertama saya itu dan keluarga mentua menerima kehadiran saya di hospital dengan baik sekali. Penerimaan isteri, mungkin ramai yang menyaksikannya sendiri di TV, jadi biarlah mereka sendiri yang menilainya. Saya tidak kisah apapun penerimaannya asalkan saya dapat bersama dengan anak saya. Justeru, saya meminta kebenaran dengan keluarga mentua untuk menumpang di rumah mereka kerana saya juga mahu menjaga bayi itu. Saya akan tinggal di bilik berasingan. Tujuan saya berada di situ hanyalah untuk bersama-sama menjaga Zahrah. Saya tidak mahu Zahrah kehilangan kasih sayang ayah dan juga ibu. Saya pernah melaluinya dan saya tak mahu anak saya mengalami nasib yang serupa.Hip: Ada yang membawa cerita, kononnya Jimmy mahu membawa lari bayi itu.Jimmy: Itu tak mungkin akan berlaku. Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak akan memisahkan anak saya dari ibunya dan saya juga akan pastikan, anak saya juga tidak akan dipisahkan dari saya. Saya akui, sebelum ini saya cukup lemah berdepan dengan masalah rumah tangga ini sehingga mengganggu fikiran. Tapi dengan kelahiran Zahrah, saya tak mahu terlalu memikirkan masalah ini. Jika saya tidak bahagia menjadi seorang suami, saya mahu bahagia sebagai seorang bapa.Hip: Apakah Jimmy masih menyayangi isteri dan mengharapkan untuk kembali hidup bersama?Jimmy: Siapa tak sayang isteri? Ya, saya masih menyayangi dirinya. Disebabkan itulah saya masih bersabar dan menelan apa saja perbuatannya terhadap saya. Andai saya boleh bersabar selama sembilan bulan, mengapa tidak untuk masa yang lebih lama. Bagaimanapun, kalau dia tidak mahu ataupun usaha untuk memulihkan hubungan ini menemui jalan buntu, terpulanglah pada situasi. Saya tak kisah kerana apa yang penting sekarang ini adalah saya mahu menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap zuriat saya.Hip: Jimmy kesal dengan apa yang berlaku?Jimmy: Saya tidak pernah kesal dengan apa yang terjadi. Sebaliknya saya menganggap apa yang berlaku itu mungkin satu peringatan dari Tuhan atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan sebelum ini. Jadi seharusnya saya lebih banyak bermuhasabah diri.Mungkin apa yang berlaku ini wajar dijadikan iktibar kepada mana-mana pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Mereka harus menjadikan kisah yang berlaku terhadap saya ini sebagai satu contoh dan supaya kesilapan yang sama tidak akan berulang.Saya mahu mereka insaf jika perkara yang sama berlaku dalam kehidupan rumah tangga mereka.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 11:21 AM | Show all posts
sedih mak nok...apa lah nasib
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 11:27 AM | Show all posts
jimmmy sabarlaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 12:13 PM | Show all posts
Ade tak gambor bini die kt dlm tv tuh..nak tengok laaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 01:01 PM | Show all posts
den pun nak tgk gak!!!!!!istri y pelik perangainyer 2....slalu, suami y wat perangai, nie istri plak...aduila...nasib dapat si jimmy 2, kalo dapat org lain, abisla kamu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 04:16 PM | Show all posts
nasib...nasib...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.543001 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list