View: 80|Reply: 0
|
Aksi Piala AFF Suzuki hantui Yu Lin
[Copy link]
|
|
RAKAMAN video aksi Malaysia ketika beraksi dalam Piala AFF Suzuki, Disember lalu masih menghantui ketua pasukan Taiwan, Chen Yu Lin memikirkan betapa liat lawan mereka dalam perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014.\rMalam ini, pemain bek kiri itu akan memimpin rakan sepasukan turun ke Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan segala rasa gelisah ketika tekanan ke atas pelawat juga akan bertambah kuat dengan sorakan ribuan penyokong tuan rumah.\r\n\n\n\n\r “Kami sepasukan ada menonton aksi perlawanan Malaysia di Piala Suzuki AFF dan ketika bertemu Hong Kong menerusi rakaman video. Antara pemain anda yang memberi kami perasaan bimbang adalah Norshahrul (Idlan Talaha). Kami dengar dia tercedera tapi ia tidak melegakan lagi kami,” kata Yu Lin ketika ditemui selepas sidang media mengenai perlawanan itu di Wisma FAM, semalam.\r\r\n\n\n\n\n “Saya berharap perlawanan esok akan menjadi perlawanan yang baik untuk pasukan memandangkan kami sudah melakukan persiapan sejak sekian lama dan membawa kemenangan sebelum bertemu Malaysia di laman sendiri nanti.”\rSementara itu, Victor Chou - pemain Taiwan yang bermain di Liga Sepanyol bersama kelab UD Salamanca untuk musim 2011/2012 sejak dua tahun lalu - berkata secara peribadi dia meletakkan sasaran tinggi membantu pasukannya mencipta kemenangan di laman lawan.\r“Malaysia adalah pasukan bagus. Namun bagi saya tumpuan utama adalah untuk menumpaskan Malaysia. Kami yakin dan tahu bagaimana untuk menewaskan Malaysia,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|