CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

Gelaran dunia misi Chong Wei

[Copy link]
Post time 28-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Statistik kejayaan beri bukti jaguh negara sudah sedia gegar London\rTUJUH kali layak ke final dan memenangi enam daripada kejuaraan itu jelas satu statistik hebat milik Lee Chong Wei tapi misi lebih penting harus dilakar adalah muncul juara Kejohanan Dunia di London, Ogos ini buat melengkapkan tahun penuh gemilang.\r\n\n\n\n\r  Kejayaan muncul  pemain bukan Indonesia pertama mencatat hatrik memenangi perseorangan lelaki kejohanan badminton Terbuka Indonesia kelmarin membuktikan Chong Wei memang terbaik dunia ketika ini. Dia meletakkan dirinya sebaris dengan wira tempatan negara republik itu seperti Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat.\r\r\n\n\n\n\n  Sekalipun kejayaan pemain nombor satu dunia itu dicapai selepas seteru utamanya, Lin Dan tersingkir lebih awal secara mengejut pada pusingan kedua kepada pemain Jepun, Sho Saski, dia memang berhak memenangi kejohanan Siri Super yang menawarkan hadiah kedua tertinggi selepas Terbuka Korea itu.\rHakikatnya, biarpun pemain berasal dari Pulau Pinang itu berdepan jaguh Denmark, Peter Gade Christensen yang sudah boleh dianggap pemain veteran di Istora Senayan, kelmarin. Aksi dipamerkannya sungguh mantap sehingga lawannya yang berusia 35 tahun gagal memberi saingan sengit.\rSementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap jaguh badminton negara itu  mengekalkan prestasi hebat ini untuk menawan mahkota kejuaraan dunia, Ogos ini dan juga pingat emas Sukan Olimpik 2012.\r“Kita bangga dengan kejayaan Chong Wei ini. Tambahan dia berjaya menewaskan lawan dengan kemenangan bergaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Belia Antarabangsa ke-11 anjuran Perhimpunan Belia Dunia (WAY), di Melaka, semalam.\r\n\n\n\n\rNamun, tatkala keupayaan Chong Wei membanggakan, prestasi hambar pemain lain, terutama beregu utama lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong masih meragukan sekalipun mereka menjadi antara sandaran memenangi emas Olimpik pertama, tahun depan.\rPasangan berkenaan tumpas kepada lawan kurang ternama dari Indonesia, Mohd Ahsan-Bona Septano pada peringkat suku akhir.\rINFO\rKejayaan 2011\rJuara Terbuka Indonesia (mn Peter Gade 21–11, 21–7) \rJuara Terbuka Malaysia GP Emas (mn Bao Chunlai 21–9, 21–19) \rJuara Terbuka India (mn Peter Gade 21–12, 12–21, 21–15) \rJuara Seluruh England (mn Lin Dan 21–17, 21–17) \rNaib juara Terbuka Korea (kk Lin Dan 19–21, 21–14, 16–21) \rJuara Terbuka Malaysia (mn Taufik Hidayat 21–8, 21–17) \rJuara Final Masters Super Series (mn Peter Gade 21–9, 21–14)

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.329271 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list