CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

Air kencing ada bahan radioaktif

[Copy link]
Post time 28-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pencemaran radiasi ditemui di kalangan penduduk Fukushima\rTOKYO: Seramai 15 penduduk Fukushima daripada kawasan luar dan bandar Kawamata didapati mempunyai lebih 3 milisievert radiasi dalam air kencing 15 penduduk yang mengesahkan pendedahan radiasi dalaman, lapor agensi berita Kyodo, kelmarin.\r\n\n\n\n\r   Kedua-dua kawasan terbabit terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari loji kuasa nuklear Fukushima No.1 yang melepaskan bahan radioaktif ke udara sejak kejadian 11 Mac lalu apabila gempa bumi disusuli tsunami menyebabkan teras utama kemudahan berkenaan lebur.\r\r\n\n\n\n\n   “Ini bukan menjadi  masalah jika mereka tidak memakan sayur atau produk lain yang tercemar. Tetapi, ini menandakan mereka semakin bermasalah jika meneruskan kehidupan di kawasan ini,” kata Nanao Kamada, profesor madya biologi radiasi di Universiti Hiroshima.\rKamada bersama sepasukan doktor termasuk Osamu Saito dari Hospital Watari di bandaraya Fukushima menjalankan dua pusingan ujian terhadap setiap penduduk pada awal dan akhir Mei, menggunakan sampel air kencing daripada 15 penduduk berusia antara 4 dan 77 tahun.\rKesan radioaktif ditemui pada kedua-dua ujian yang dijalankan kepada setiap penduduk. Iodin radioaktif setinggi 3.2 milisiervert dalam enam penduduk wujud dalam kajian pertama tetapi tiada dalam ujian kedua.\rData itu menunjukkan pendedahan dalaman terkumpul adalah antara 4.9 hingga 13.5 milisieverts, menjadikan jumlah besar adalah antara 4.9 hingga 14.2 milisievert sepanjang dua bulan terbabit, kata mereka. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070333 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list