View: 245|Reply: 0
|
Serena, Venus dijangka lebih menyerlah
[Copy link]
|
|
LONDON: Serena dan Venus Williams kelihatan akan lebih menyerlah dalam saingan perseorangan wanita tatkala kejohanan tenis Wimbledon kali ke-125 memasuki saingan minggu kedua semalam.\rBukan satu kejutan melihat pemain adik beradik dari Amerika Syarikat itu mendominasi gelanggang rumput pada dekad terakhir ini tetapi cuma kali ini kemaraan mereka ke pusingan 16 terakhir semalam mendapat lebih perhatian selepas kedua-duanya kembali ke gelanggang setelah lama berehat dan dengan keraguan mengenai prestasi mereka.\r\n\n\n\n\r Dalam kes juara bertahan, Serena, tiga kemenangannya setakat ini memang menakjubkan.\r\r\n\n\n\n\n Pemain handal berusia 29 tahun itu menghabiskan hampir seluruh tahun sejak memenangi kejuaraan Wimbledon keempatnya dengan bertarung untuk menyelamatkan kerjayanya, yang pertama daripada kecederaan tendon kaki yang disebabkan kemalangan pelik di sebuah restoran di Munich dan kemudian berdepan situasi lebih membimbangkan hingga boleh mengakibatkan kematian apabila darah beku ditemui di paru-parunya pada Februari.\rBegitupun, walau hanya mengharungi latihan perlawanan yang minimum dan menunjukkan tanda aksinya masih berkarat, pemenang kejuaraan Grand Slam 13 kali itu selamat mengharungi saingan pada minggu pertama.\rMalah, terdapat tanda lebih jelas bahawa senjata berbisa dimilikinya bakal dikeluarkan apabila dia bersiap sedia untuk menentang pilihan kesembilan dari Perancis, Marion Bartoli, yang juga naib juara pada 2007.\rKemenangannya ke atas Maria Kirilenko Sabtu lalu adalah yang paling meyakinkan tahun ini selepas diheret hingga ke tiga set pada dua pusingan awal dan dia akan sentiasa menjadi pencabar kejuaraan hasil daripada servis terbaik yang pernah disaksikan dalam tenis wanita.\r\n\n\n\n\r“Saya melihatnya sedikit hari ini pada set kedua. Saya seperti menyatakan... di manakah kamu sebelum ini?” kata pilihan ketujuh itu mengenai kehebatannya melakukan servis.\rJuara lima kali, Venus, yang juga kembali ke kejohanan pemanas badan di Eastbourne selepas tidak beraksi lima bulan akibat kecederaan pinggul, pasti memikirkan untuk membalas dendam apabila menentang Tsvetana Pironkova di Gelanggang Tengah, selepas pemain Bulgaria itu menewaskannya di suku akhir tahun lalu. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|