CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Israel ancam penjara aktivis flotila Gaza

[Copy link]
Post time 27-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Amerika turut beri amaran kepada peserta 20 negara  hentikan misiWASHINGTON: Amerika Syarikat dan Israel memberi amaran kepada aktivis antarabangsa  rancangan mereka memecah sekatan Gaza akhir bulan ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya.\n\n\n\nSatu laporan mendedahkan, rejim Zionis sudah menyiapkan penjara untuk aktivis  terbabit selain memberi kata dua kepada media wartawan yang menyertai flotila kedua ke Gaza tidak akan dibenarkan masuk ke negara Yahudi itu selama bertahun-tahun.\n\n\n\n\n“Kumpulan yang cuba memecahkan sekatan laut ke atas Gaza adalah tidak bertanggungjawab dan melakukan provokasi yang boleh memberi risiko keselamatan kepada pesertanya,” kata kenyataan jurucakap Jabatan Negara Amerika, Victoria Nuland.“Kami ingin menekankan, penghantaran atau cubaan bersubahat untuk menghantar bahan sokongan atau sumber lain untuk pertubuhan pengganas asing seperti Hamas, boleh dianggap melanggar undang-undang sivil dan jenayah yang boleh dihukum denda dan penjara,” kata Nuland.Akhbar Israel, Haaretz pula mendedahkan tentera Israel mengadakan latihan besar-besaran membabitkan komando khas dan anggota penembak tepat sebagai persediaan memintas flotila berkenaan.Kenyataan beliau disifatkan ugutan ke atas aktivis oleh kerajaan Amerika, satu tindakan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah membabitkan penghantaran bantuan kepada penduduk ditakluki di wilayah terbabit. \n\n\n\nFlotila kedua disertai 10 kapal yang membawa 1,000 aktivis daripada 20 negara termasuk Amerika. Palestin berkata sekatan laut Israel adalah tidak sah dan ia menjejaskan pembangunan ekonomi Gaza.Nuland pula berkata, Amerika prihatin mengenai keadaan di Gaza, tetapi mendakwa keadaan semakin baik sejak tahun lalu, apabila lebih banyak jenis barangan dibenar dibawa masuk ke wilayah itu.Beliau berkata, rampasan senjata selain serangan roket dan mortar dari Gaza ke atas orang awam Israel baru-baru ini menunjukkan perlunya pemeriksaan ka atas kargo menuju Gaza.Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton percaya ada cara lebih baik untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza.“Kami percaya ada pendekatan lebih baik iaitu menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan penduduk Gaza memperoleh bahan dan bantuan kemanusiaan dengan cara selamat,” katanya.Rabu lalu, Israel memberi amaran kepada PBB  flotila bantuan baru yang dilapor akan bertolak dari pelabuhan di Eropah  beberapa hari lagi akan menghadapi akibat buruk jika meneruskan misi.Tel Aviv sudah menegaskan bahawa ia akan menghalang flotila baru itu daripada tiba di Gaza. Tahun lalu, sembilan aktivis Turki terbunuh dalam serbuan ke atas konvoi sama.Tentera Israel dikritik hebat berikutan serangan  pada Mei 2010 yang turut menyebabkan hubungannya dengan Turki terjejas teruk.  –   Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.323338 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list