View: 221|Reply: 0
|
Nadal resah temu Del Potro
[Copy link]
|
|
Pemain tinggi lampai Argentina pernah hancurkan impian pemain pilihan pertama itu dua tahun lalu\rLONDON: Penyandang juara Wimbledon, Rafael Nadal bertembung dengan pemain tinggi lampai 1.98 meter - Juan Martin del Potro hari ini, manakala adik beradik Williams menjangkakan pertemuan sama sendiri di final.\r\n\n\n\n\rPemain nombor satu dunia, Nadal yang menjuarai edisi 2008 dan tahun lalu, berdepan cabaran paling sengit di pusingan keempat apabila bertemu del Potro dari Argentina yang menyingkirkannya daripada saingan separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat 2009.\r\r\n\n\n\n\nNamun pemain Sepanyol itu, yang masih segar dengan kejuara-an keenam Terbuka Perancis, boleh menarik nafas lega dengan prestasinya setakat ini yang masih belum tercicir satu set di Wimbledon. Del Potro sebaliknya, terpaksa bertarung enam hari sepanjang minggu pertama akibat hujan yang mengganggu jadual kejohanan.\r\"Cabaran cukup besar apabila bermain menentangnya,\" kata Nadal mengenai lawannya yang menduduki ranking ke-24 kejohanan dan terlepas saingan tahun lalu kerana kecederaan pergelangan tangan. \"Dia lawan yang cukup liat dan salah seorang daripada pemain terbaik dunia.\"\rDel Potro turut meletakkan tekanan kepada Nadal dengan mengatakan harapan tinggi di-letakkan ke atas pemain nombor satu dunia itu memberikannya kelebihan daripada segi psikologi.\r\"Dua tahun lalu saya menewaskannya di New York. Saya tidak tahu jika prestasi saya merosot jauh berbanding ketika itu,\" kata del Potro. \"Untuk mengalahkan Rafa, anda perlu bermain tenis yang luar biasa.\" \r\n\n\n\n\rSementara itu, pilihan kedua, Novak Djokovic hampir dikejutkan Marcos Baghdatis dari Cyprus pada pusingan ketiga kelmarin apabila tercicir satu set buat pertama kali dalam kejohanan ini. Pemain Serbia yang baru tewas sekali tahun ini bakal berdepan pemain kidal Perancis, Michael Llodra.\rDalam kategori wa-nita, Serena dan Venus William yang berkongsi sembilan kejuaraan antara mereka, masih berada di landasan untuk pertemuan final kelima dua beradik itu. Serena akan menentang Marion Bartoli dari Perancis, manakala Venus akan berdepan Tsvetana Pironkova yang menewaskannya dalam sai-ngan suku akhir tahun lalu. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|