CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Zulfahmi tebus hampa

[Copy link]
Post time 26-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Raih dua mata selapas kecewa tiga perlumbaan\rPELUMBA negara, Zulfahmi Khairuddin bangkit daripada kekecewaan pada sesi kelayakan kelmarin, untuk menamatkan perlumbaan kategori 125cc kejuaraan MotoGP Grand Prix Belanda di Assen, semalam di tempat ke-14, sekali gus meraih dua mata berharga dan menamatkan rentetan kegagalan meraih mata pada tiga perlumbaan sebelum ini.\r\n\n\n\n\r  Selepas mengharungi tujuh pusingan perlumbaan dalam kalendar kejuaraan MotoGP musim ini, Zulfahmi kini kembali ke tangga ke-17 keseluruhan dengan himpunan keseluruhan 13 mata.\r\r\n\n\n\n\n  “Terima kasih kepada semua atas sokongan diberi,” kata Zulfahmi mengulas kejayaannya, semalam.\r“Pada pusingan pertama hujan menyebabkan pelumba memperlahankan tunggangan dan  keadaan itu memudahkan saya memotong 12 pelumba pada selekoh pertama lagi. Saya gembira dengan prestasi saya, walaupun hujung minggu ini sebenarnya adalah sukar akibat hujan.”\rPelumba AirAsia-SIC-Ajo Motorsport berusia 20 tahun dari Banting, Selangor itu sebelum ini gagal meraih sebarang mata pada perlumbaan di Le Mans, Perancis yang mana dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-25, diikuti gagal menamatkan perlumbaan di Catalunya, Sepanyol awal bulan ini dan tempat ke-18 di Silverstone, Britain selepas mencatat prestasi cemerlang bermula dari petak ke-14.\rDia menamatkan perlumbaan 26.954 saat di belakang juara, Maverick Vinales dari pasukan Blusens Paris Hilton Racing yang mencatat masa 25 minit 4.147 saat.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.703357 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list