CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

Pencemaran udara sejak era Firaun

[Copy link]
Post time 26-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kesan  teruk dikesan pada mumia Mesir\rKAHERAH: Masyarakat Mesir purba mungkin menghadapi masalah pencemaran udara yang teruk, sama seperti yang berlaku sekarang, lapor jurnal LiveScience.\r\n\n\n\n\rWalaupun punca pencemaran tidak sama dengan pencemaran zaman ini, kesan ke atas tubuh tidak banyak berbeza dan dalam banyak kes, ia menyebabkan kematian.\r\r\n\n\n\n\nAkhbar Daily Mail melaporkan, seorang pelajar ijazah lanjutan bioperubatan di Universiti Manchester, England, Roger Montgomerie berjaya menemui zarah tercemar dalam tisu paru-paru 15 mumia berasingan, termasuk golongan bangsawan dan pendita agama.\rZarah yang ditemui mempunyai kaitan dengan pelbagai penyakit zaman moden termasuk penyakit jantung dan barah.\r“Saya berpendapat kesannya kurang berbanding era moden, tetapi perbezaannya tidak begitu jauh. Memang aneh apabila anda memikirkannya, apabila kita melihat begitu banyak pembakaran bahan api fosil dan pencemaran yang berlaku  sejak revolusi industri,” katanya.\rBeliau berkata, mumia yang dikajinya datang dari semua peringkat masyarakat Mesir. Sebilangan mereka adalah pekerja yang hidup kira-kira 1,800 tahun lalu di sebuah kawasan terpencil dikenali Oasis Dakhleh, manakala yang lain dari kelas atasan dan pendita.\r\n\n\n\n\r“Setiap kelompok masyarakat mempunyai tahap pencemaran tersendiri dan ia tidak membabitkan hanya satu kumpulan sosial,” katanya.\rDaily Mail menyatakan adalah dipercayai bahawa peningkatan industri dan pembakaran bahan api fosil menjadi punca peningkatan zarah tercemar di dalam udara.\rMasyarakat Mesir purba hanya terbabit dalam industri kecil, tetapi penduduknya memasak, bekerja di sektor pembuatan barangan logam dan perlombongan, semua aktiviti yang boleh menjadi punca pencemaran udara.\rIklim Mesir yang panas dengan gurun dan  ribut pasir, mungkin menjadi punca zarah tercemar naik ke udara sebelum dihidu penduduknya.\rDalam usaha untuk membuktikan sumber zarah terbabit, Montgomerie membakar beberapa sumber bahan api yang digunakan penduduk purba Mesir sebelum mengumpulkannya.\rBeliau juga mengumpulkan pasir di kawasan arkeologi dan membandingkannya dengan zarah yang ditemui di dalam paru-paru.\rHasilnya, Montgomerie mendapati, penyakit paru-paru bukan saja masalah kesihatan yang dihadapi rakyat Mesir purba.\rAwal bulan ini, satu siasatan ke atas 44 mumia, seorang daripadanya puteri yang meninggal dunia pada 1550 SM, mendedahkan bahawa mereka menghadapi masalah arteri menjadi keras, penyakit yang dikenali ‘atherosclerosis’. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.046257 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list