View: 238|Reply: 2
|
Indonesia henti hantar pekerja ke Saudi
[Copy link]
|
|
Susilo mahu perjanjian jamin perlindungan rakyat di negara asing diwujudkan terlebih duluJAKARTA: Indonesia menghentikan sementara penghantaran pekerjanya ke Arab Saudi mulai 1 Ogos selepas seorang pembantu rumahnya dihukum pancung di Riyadh Sabtu lalu kerana kesalahan membunuh wanita majikannya.\rLangkah sementara itu dikuatkuasakan sehingga kedua-dua negara itu mencapai kesepakatan melalui perjanjian yang menjamin perlindungan dan pemberian hak kepada tenaga kerja Indonesia.\r\n\n\n\n\rIndonesia juga akan menetapkan satu dasar nasional mengenai penghantaran pekerjanya ke luar negara pada masa depan, selepas pasukan khas selesai membuat kajian mengenainya.\r\r\n\n\n\n\nPresiden Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan keputusan itu ketika berucap kepada rakyat menerusi siaran langsung stesen televisyen semalam.\rBeliau membantah keras tindakan Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap pembantu rumah bernama Ruyati itu tanpa memberitahu Jakarta, tindakan yang melanggar prosedur antarabangsa.\r“Langkah memperketat penghantaran pekerja Indonesia mulai semalam. Saya meminta warga negara Indonesia patuh menyokong moratorium ini dan tidak berusaha sendiri ke sana,” katanya.\rKetika berucap, Susilo meminta Menteri Luar, Marty Natalegawa; Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Patrialis Akbar dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi, Muhaimin Iskandar, menjelaskan tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi menyelamatkan Ruyati serta warga Indonesia lain di luar negara yang menunggu hukuman mati.\r\n\n\n\n\r“Keputusan yang ketiga ialah saya akan mengutus surat kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz, yang berisi tiga hal, pertama hubungan Indonesia dan Arab Saudi sebenarnya dalam keadaan baik, kecuali kes dan persoalan tenaga kerja Indonesia,” kata Susilo.\rKetika ini, 23 warga Indonesia menghadapi hukuman mati di Arab Saudi.\rPelaksanaan hukuman pancung terhadap Ruyati oleh Arab Saudi itu mengundang kecaman dan kritikan pelbagai pihak di Indonesia, yang menuduh Jakarta gagal memberi perlindungan sewajarnya kepada warga di luar negara, yang menunggu pelaksanaan hukuman mati. Kini 1.2 juta pekerja Indonesia bekerja di Arab Saudi, kebanyakannya amah. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
bagusla tu buat menyemak negara org je...Arab pon x heran dgn amah indon ni..bnyk lg negara diorg boleh ambik filipino ke, kemboja ke, afrika ke, etc.
indon ni dahla bunuh org, lg nak berlagak ugut2 xnak hantar tenaga keje pulak.
xde pulak nak buat demo ke, baling najis bwk buluh runcing kat kedutaan arab kt jakarta tu?
Malaysia pon patut buat mcm ni..jgn harapkan sgt TKI..mula2 dtg mmgla baik tp bila dah ramai jumpa sama geng senegara, buat mcm negara diorg pulak.
mcm amah2 yg lari pulak, bila report polis n imigresen, diorg bukannya nak tangkap...bg diorg membiak sampai beranak-pinak & bg berlambak pati kat sini..yg pompuan jd pelacur n skandal dgn bangla, lepas tu yg jantan bwk lari anak dara org ke lombok..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
| |
|