CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Cinta kampus 2 negara

[Copy link]
Post time 23-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Diari Kampus Biru paparkan konflik penuntut Malaysia, IndonesiaILMU bukan saja medium terbaik dalam meningkatkan taraf kehidupan, malah boleh merapatkan hubungan antara negara dan itulah yang cuba dilakukan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang bakal melahirkan telefilem pertama dengan judul Diari Kampus Biru.\rMungkin salah faham antara dua negara, Malaysia dan Indonesia dapat diredakan bahangnya dengan kehadiran telefilem ini yang penggambarannya turut dibuat di Bandung selain menggunakan pelakon dari negara jiran itu.\r\n\n\n\n\rCuba menghayun langkah bijak dalam percubaan sulungnya itu, UUM mengetengahkan barisan pelakon tempatan seperti Wan Maimunah, Wan Nor Azlin, Tomok dan Muaz selain penampilan bintang dari Indonesia, Fita Angela.\r\r\n\n\n\n\nUUM turut menggunakan khidmat pengarah yang sudah melahirkan banyak karya bernilai, J Murali sebagai nakhoda dalam mengemudi telefilem terbitan UNIUTAMA Management Holding Sdn Bhd, sebuah  syarikat milik penuh UUM dan UNIUTAMA Film Studio selaku Penerbit Eksekutif. \rSkrip Diari Kampus Biru ditulis oleh Nasaruddin Abdul Rasif dengan ceritanya berkonsepkan aspirasi hidup dan cinta remaja, khususnya di kalangan penuntut di institusi pengajian tinggi.\r\"Penerbitan Diari Kampus Biru juga untuk mempromosikan UUM di mata umum, khusus bagi menarik lebih ramai pelajar dalam dan luar negara memilih universiti ini sebagai destinasi menuntut ilmu mereka,” kata Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak ketika sidang media pelancaran telefilem itu di ibu negara, baru-baru ini.\rMenariknya, telefilem ini juga menggarap paradoks cinta benci sayang merentasi dua negara di antara siswa Malaysia dan Indonesia yang menuntut ilmu dia UUM.\r\n\n\n\nMenggunakan keindahan UUM yang dipenuhi kehijauan alam dan sawah padi luas mata memandang, telefilem yang akan menjalani penggambaran pada bulan depan ini dilihat membuka peluang kepada UNIUTAMA Filem Studio menceburkan diri dalam industri kreatif.\rBahkan ia dapat memberi pendedahan kepada staf akademik dan pelajar UUM dalam bidang komunikasi multimedia mendalami selok belok produksi telefilem dan filem.\rMenurut Profesor Dr Mohamed, UUM berharap semoga inisiatif ini akan dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga profesional yang diperlukan dalam industri kreatif negara yang mempunyai masa depan yang sangat cerah.\r\"Kos penerbitannya pula tidaklah sampai mencecah jutaan ringgit. Dalam lingkungan RM100 ribu kerana kita bukan melahirkan filem,”  katanya yang turut enggan mendedahkan stesen TV yang bakal menyiarkan projek pertama telefilem terbitan UUM.\rSementara itu, J Murali menyampaikan rasa penghargaannya kepada UUM yang memberi kepercayaan kepadanya menjadi teraju dalam menyiapkan tugasan sebagai pengarah.\r\"Ini adalah kali pertama orang filem seperti saya bekerjasama menghasilkan telefilem bersama golongan cerdik pandai.\r\"Pertama kali membaca skrip filem ini saya lihat ia sebuah skrip yang bagus berkenaan percintaan dua rakyat negara yang mana terjadinya pergolakan jiwa muda,\" katanya yang memuji UUM sebagai antara universiti yang indah.\rSeperti drama garapannya sebelum ini yang kerap menggunakan elemen kemanusiaan dan nilai keagamaan sebagai cerminan karyanya, pengarah ini juga mahu telefilem ini berkiblatkan nilai kemanusiaan sejagat dan persoalan agama.\r\"Ia tugasan berat dan cabaran untuk saya melakukan yang terbaik,\" kata Murali yang menjangkakan 30 peratus penggambaran telefilem itu dijalankan di Indonesia.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.044790 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list