CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Pemain, pegawai dua kelab Liga-S didenda

[Copy link]
Post time 23-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA: Pemain dan pegawai dua kelab bola sepak Singapura dikenakan penggantungan dan denda atas ‘tindakan ganas dan memalukan’ dalam satu perlawanan bola sepak Liga-S, Mei lalu.\rPergaduhan sebelum perlawanan antara juara Singapura, Etoile FC dan Hougang United tercetus 23 Mei lalu tatkala kedua-dua pasukan sedang memanas badan di Stadium Hougang. Empat orang terpaksa dirawat di hospital kerana kecederaan ringan.\r\n\n\n\n\r    Dua pemain Etoile digantung daripada semua kejohanan berkuat kuasa sejak insiden itu manakala seorang pemain dan pegawai Hougang United turut menerima hukuman sama.\r\r\n\n\n\n\n    Kedua-dua kelab dipotong lima mata dan didenda S$10,000 (RM24,000), yang mana S$5,000  (RM12,000) ditangguhkan sehingga hujung 2011.\r“Kedua-dua kelab terbabit dalam aktiviti keganasan bola sepak, ia melambangkan sikap memalukan dan tidak profesional,” kata pengerusi jawatankuasa disiplin, K Bala Chandran dalam satu kenyataan.\r“Kami membuat keputusan ini berdasarkan fakta dan siasatan.”  Reuters\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.036117 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list