View: 172|Reply: 0
|
Kim Swee tak resah tanpa Mahali
[Copy link]
|
|
‘Masih ada Affize Faisal, Fandi mampu mengisi kekosongannya’KETIADAAN Mahali Jasuli dalam kesebelasan utamanya malam ini tidak merencatkan percaturan jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee untuk berdepan Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil.\r“Mahali mengutip dua kad kuning, jadi kita mungkin akan terasa sedikit kehilangannya di sebelah kanan,” kata Kim Swee. “Tetapi ia tidak menjejaskan pasukan kerana kita mempunyai beberapa pemain yang mampu mengisi kekosongannya.\r\n\n\n\n\r “Masih ada Affize Faisal Mamat dan Fandi Othman yang boleh menggantikan Mahali, jadi kekuatan skuad boleh dianggap sama walaupun daripada segi pengalaman mereka agak kurang berbanding pemain kebangsaan itu.”\r\r\n\n\n\n\n Pada perlawanan pertama pusingan kedua di Beirut Ahad lalu, anak buah Kim Swee mempamer disiplin tinggi ketika merakam keputusan seri tanpa jaringan untuk dijadikan bekalan bagi perlawanan timbal balik kedua pusingan kedua kelayakan Olimpik, malam ini.\rMenurutnya, pemain sudah bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan bagi mengorak langkah baru dalam saingan kelayakan Olimpik selepas kali terakhir Malaysia layak pada 1980.\r“Pemain perlu fokus dan meneruskan apa yang sudah dilakukan di Beirut,” kata Kim Swee. “Keputusan sebelum ini dianggap satu kejayaan kerana saya memang mensasarkan untuk tidak dibolosi atau tewas. Tetapi kejayaan itu tidak bermakna andai kita tidak mengakhiri perlawanan esok (malam ini) dengan kemenangan. \r“Saya lihat pemain bersemangat tinggi untuk perlawanan penentuan ini. Saya harap ia mampu diterjemahkan kepada kemenangan.” \r\n\n\n\n\rSepanjang kempen kelayakan Olimpik tahun ini, skuad negara masih belum dibolosi dan mara hasil dua gol jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria serta Irfan Fazail ketika menyingkirkan Pakistan.\rKim Swee turut mempertaruhkan kebangkitan penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan untuk meledak gol di pentas antarabangsa selepas mempamerkan aksi berkesan pada beberapa perlawanan terakhir Liga Super.\rSeorang lagi penyerang licik negara, Syahrul Azwari Ibrahim juga menjadi ayam tambatan Kim Swee malam ini selepas permainannya di Beirut Ahad lalu, hampir membawa kemenangan.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|