|
Amitabh Bachchan teruja bakal timang cucuMUMBAI: Bekas Ratu Dunia yang kini bergelar aktres popular Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dilaporkan sedang hamil, kata bapa mentuanya yang juga aktor Amitabh Bachchan.\r“Berita!!! Saya bakal menjadi seorang datuk. Aishwarya kini hamil. Amat gembira dan teruja!!!,” tulis bintang veteran dalam akaun Twitter beliau pada Selasa.\r\n\n\n\n\r Aishwarya Rai, 37, berkahwin dengan anak pelakon bintang mega Bollywood itu, Abhishek, 35, pada April 2007. Ia adalah anak pertama pasangan itu dan berita berkenaan muncul selepas beberapa minggu media di India dalam ruangan gosip mula membuat spekulasi memperkatakan mengenai berat badan aktres terbabit dilihat naik mendadak.\r\r\n\n\n\n\n Amitabh dalam laman twitter beliau, berkata beliau dibanjiri maklum balas mengenai berita itu daripada pengikutnya dan menerima 2,843 ucapan tahniah di Twitter hanya dalam masa kira-kira setengah jam.\rKehamilan itu disahkan pada awal pagi, tulisnya dalam blog beliau, bigb.bigadda.com awal semalam, sambil menambah: “Ia adalah kegembiraan dan keseronokan kepada kami,” katanya.\rBagaimanapun pelakon itu tidak menyebut bila bayi terbabit bakal dilahirkan. \rSementara itu ,seorang jurucakap Ashwarya dilaporkan mengesahkan berita itu kepada IANS.\r“Ya, ia adalah benar,” kata jurucakap terbabit.\rKeluarga Bachchan, Amitabh, isterinya yang juga seorang pelakon, Jaya bersama Aisywarya dan Abhishek adalah ‘keluarga pertama’ Bollywood yang mempunyai ramai peminat yang gilakan mereka di India dan juga seluruh dunia. – AFP/Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|