View: 148|Reply: 0
|
Wozniacki melangkah ke pusingan kedua
[Copy link]
|
|
Mudah mara ke kelompok 32 pemain terakhirLONDON: Pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki mara ke pusingan kedua Wimbledon apabila mudah menewaskan pemain Sepanyol, Arantxa Parra Santonja, 6-2, 6-1, kelmarin.\rWozniacki hanya mengambil masa 59 minit untuk menyingkirkan pemain nombor 105 dunia itu di Gelanggang Satu dan bakal menentang pemain Perancis, Virginie Razzano untuk menempah tempat ke kelompok 32 pemain terakhir.\r\n\n\n\n\r Pemain Denmark itu gembira dengan kemenangan ke atas Parra Santonja dalam suasana permainan yang sukar akibat tiupan angin.\r\r\n\n\n\n\n “Ini adalah perlawanan pertama di atas gelanggang rumput dan angin bertiup ke sana sini. Keadaan sangat sukar,” kata Wozniacki.\r“Ada satu mata yang mana saya memukul bola dan ia hampir tidak melepasi jaring dan kemudian apabila saya memukul bola sekali lagi, ia melayang jauh.\r“Saya cuba menyesuaikan diri sebaik mungkin dan diharap akan bersedia untuk perlawanan berikutnya.”\rIa adalah permulaan sempurna untuk memulakan cabarannya di Kelab All England tatkala Wozniacki berusaha menutup mulut pengkritik yang mendakwa dia tidak berhak menduduki ranking teratas dunia.\rPemain 20 tahun itu tewas satu-satunya final Grand Slam menentang Clijsters pada Terbuka Amerika Syarikat 2009 dan ramai berpendapat kejayaan Wozniacki muncul sebagai pemain nombor satu dunia adalah disebabkan masalah kecederaan pemain adik beradik Williams, berbanding kecemerlangannya. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|