|
Mahu lihat dulu perkembangan 12 hariLONDON: Juara bertahan Wimbledon, Rafael Nadal enggan membicarakan lagi peluangnya mempertahankan mahkota berkenaan selepas berjaya melepasi pusingan pertama menewaskan pemain Amerika Syarikat, Michael Russell 6-4, 6-2, 6-2, kelmarin.\rJaguh dari Sepanyol itu enggan melihat terlalu jauh di kejohanan Gran Slam ini mengenai kemungkinan pertembungan dengan Roger Federer, Novak Djokovic atau Andy Murray.\r\n\n\n\n\r “Marilah kita jangan bercakap mengenai apa yang mungkin berlaku dalam tempoh 12 hari lagi. Saya mungkin berada di sini atau mungkin sudah pulang ke rumah di Majorca untuk memancing,” kata Nadal yang berjaya mengekalkan rekod sempurna tidak pernah kalah perlawanan perlawanan pusingan pertama Grand Slam.\r\r\n\n\n\n\n Pada pusingan kedua, pilihan utama itu bakal berdepan seorang lagi pemain AS, Ryan Sweeting yang bangkit daripada ketinggalan dua set sebelum menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Andjuar.\rNadal berkata, dia gembira kerana dapat kembali ke Wimbledon untuk mempertahankan kejuaraannya yang mana pada 2009 dia tidak dapat berbuat demikian kerana mengalami kecederaan lutut.\r“Ia adalah sangat emosi untuk kembali semula ke gelanggang yang indah ini. Segala-galanya adalah sempurna,” katanya.\rDalam perlawanan lain, pilihan keenam dari Republik Czech, Tomas Berdych yang ditewaskan Nadal di final tahun lalu, mara ke pusingan kedua hasil kemenangan 6-2, 6-2, 6-1 ke atas pemain Itali, Filippo Volandri. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|