CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Amy buat kejutan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Peminat berasa sangat intim dengan cara persembahan vokalis SearchTERBIAS perbezaan pada penampilan Amy Search ketika menjayakan majlis makan malam sempena Hari Bapa anjuran Palm Garden Hotel & Putrajaya Marriott Hotel & Spa.\rSelalunya dia bergaya ringkas bersama jeans dan kemeja T, setiap kali membuat persembahan. \r\n\n\n\n\rBagaimanapun kali ini bagi menyesuaikan diri dengan majlis, Amy tampil cukup segak dengan sepasang sut merah lengkap bersama sepatu kulit juga dari rona yang sama.\r\r\n\n\n\n\nMajlis bagaimanapun bermula agak lewat. Amy muncul kira-kira jam 9.50 malam iaitu selepas perut peminat yang hadir, kenyang dengan hidangan makan malam cita rasa Barat. Sementara menantikan kemunculan Amy, tetamu terlebih dulu dihiburkan dengan celoteh daripada pelakon komedi Dee yang memikul tugas sebagai pengacara pada malam itu.\rManakala penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH), Ad Azhar pula diberi kesempatan membuka tirai persembahan pada malam itu.\rJejaka itu menghiburkan penonton dengan empat buah lagu iaitu Sedetik Lebih, Sampai Syurga, Dealova dan Bunga Pujaan.\rTidak muncul dari belakang pentas, penyanyi berusia 53 tahun itu memilih kelainan apabila muncul dari pintu masuk Grand Putrajaya Ballroom. Kehadirannya di tengah-tengah dewan membuatkan tetamu yang hadir terkejut dan menjadi tidak tentu arah. \r\n\n\n\n\rMereka tidak menduga Amy akan hadir sebegitu dekat, justeru peluang berkenaan digunakan untuk merakamkan gambar bapa kepada lima cahaya mata dan seorang cucu itu.\rPersembahan sedemikian adalah yang pertama buat Amy, sebelum ini dia pernah menjayakan persembahan untuk majlis korporat tetapi tidak membabitkan penjualan tiket. Ini adalah yang pertama buatnya dan apa yang membuatkan dia berasa janggal apabila terpaksa muncul sendirian mendendangkan kira-kira 15 buah lagu di dalam sebuah majlis yang formal.\rBangga berstatus datuk\rApa yang membezakan persembahannya pada malam itu dengan majlis korporat yang pernah dijayakan, kata Amy untuk majlis korporat dia selalunya menyanyi antara tiga hingga empat lagu yang disampaikan dengan muzik minus one. \rTetapi pada acara itu pula, dia diiringi pemuzik iringan yang terdiri daripada Edry Hashim (gitar), Kelly (bass), Ujang (dram), Ujang (Bass) dan Roza (Keyboard), disamping tiga penyanyi latar.\rPada usia yang sudah mencecah setengah abad itu, Amy jelas masih bertenaga. Liuk lentok tubuhnya menari mengikut sesuka hatinya adalah antara tarikan yang menghidupkan persembahannya. Dia seakan-akan naik ‘syeh’ pada rembang malam Jumaat itu.\rAmy juga menyatukan peminat dari pelbagai peringkat umur dan pangkat. Pada malam itu, Amy memperkenalkan kepada penonton, peminat setianya yang sentiasa menyokong walau ke mana saja dia pergi. \rPeminat itu akan berada di mana saja Amy berada tidak kira ketika dia membuat persembahan di United Kingdom, malah ketika menunaikan umrah, peminatnya itu juga turut serta.\rPada malam itu, Amy kelihatan cukup bangga dengan statusnya sebagai seorang datuk. Kehadiran cucunya Keisha Laila yang sudah pun berusia setahun cukup memberi makna kepada Amy. Jika tidak, masakan berkali-kali dia asyik menyebut statusnya yang kini berpangkat datuk.\r“Rahsia saya tidak tua sebab saya tidak suka marah-marah. Isteri juga tahu saya seorang yang ‘cool’. Kadang kala dia selalu bertanya, saya tidak sayangkan dia ke kerana saya tidak pernah menunjukkan rasa cemburu. Mungkin sebab itu saya nampak tidak tua walaupun sudah bercucu,” kata Amy berseloroh.\rAmy membuka tirai persembahan pada malam itu dengan mendendangkan sedikit bait lagu Teguh, dia juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu Saatku Idamkan, Aku Dah Bosan, Rozana, Tiada lagi, Apa Saja, Gelora, Fantasia Bulan Madu, Kerja Gila, Isabella, Laila Majnun, Kejora dan banyak lagi.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.228103 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list