View: 139|Reply: 0
|
RM500,000 tarikan bintang
[Copy link]
|
|
Tiga pemain negara jadi sandaran Masters NS atasi pemain ternama lain\rDENGAN hadiah kejohanan bernilai RM500,000, tiga pemain profesional tempatan dijangka bakal menjadi sandaran Malaysia mengimbangi kehandalan bintang profesional luar negara pada Kejohanan Golf Jemputan Masters Negeri Sembilan 2011 dari 7 hingga 10 Julai ini di Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) Negeri Sembilan.\r\n\n\n\n\r Mereka ialah S Sivachandran yang juga juara bertahan, R Nachimuthu dan Mohd Saaban Hussin selain Danny Chia dan pemain muda Akhmal Tarmizee Mohd Nazari yang dilihat berkeupayaan menyaingi kehebatan beberapa pemain luar antaranya Lam Chih Bing dari Singapura yang pernah muncul juara pada 2009.\r\r\n\n\n\n\n Berdasarkan perkembangan terbaru penyertaan, seramai 60 pemain terbaik dari Order of Merit Sirkit ASEAN PGA sudah mengesahkan penyertaan masing-masing termasuk yang pernah muncul juara antaranya Juvic Pagunsan dan rakannya Artemio Murakami dari Filipina selain Thaworn Wiratchant dari Thailand.\rPengarah kejohanan yang juga Presiden SIGC, Datuk Mohd Yaacob Mohd Kassim, berkata pihaknya sudah menjemput pemain profesional dari Bangladesh, Mohammad Siddikur Rahman, 26, yang berada dalam kelompok 10 terbaik pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia, baru-baru ini.\rMenurutnya, Mohammad Siddikur dijangka memberi jawapan dalam masa terdekat untuk menyertai buat kali pertama kejohanan berprestij ini. Yang pasti saingan kali ini pasti lebih sengit dan mencabar selepas ia menjadi satu daripada siri Jelajah Asia Tenggara (ASEAN).\rKejohanan edisi ketujuh ini bakal disertai seramai 144 pemain.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|