View: 116|Reply: 0
|
Wanita harus tampil tawar diri: Norminshah
[Copy link]
|
|
TERNYATA bahang pemilihan pucuk pimpinan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) penggal 2011-2013 tidak sehangat dua tahun lalu, namun jika senarai pencalonan diteliti, wanita dilihat masih kurang daripada segi bilangan.\rSama ada wanita itu sendiri tidak mahu menawarkan diri untuk terbabit di peringkat tertinggi atau pun tidak diberi kepercayaan menjawat jawatan penting, pemilihan MOM kali ini menyaksikan hanya dua muka lama, Low Beng Choo tidak dicabar mengisi jawatan naib presiden dan Moira Tan kekal selaku penolong setiausaha.\r\n\n\n\n\r Kedua-dua jawatan itu bagaimanapun mengisi kuota dikhaskan buat wanita biarpun lebih ramai lagi wanita sepatutnya menduduki lebih banyak jawatan memandangkan bilangan atlit, pegawai dan jurulatih kini semakin ramai daripada golongan kaum hawa.\r\r\n\n\n\n\n Melihat kepada fenomena ini, Pengerusi Panel Bebas Pemilihan MOM, Norminshah Sabirin berkata dia turut meluahkan rasa duka cita mengenai perkara itu yang seolah-olah menggambarkan tidak ramai wanita mampu menyandang jawatan penting di dalam MOM.\r“Wanita perlu cuba membabitkan diri dari peringkat akar umbi lagi. Mereka yang berada di atas juga perlu membantu menaikkan tentang hal wanita bagi menambah jumlah pemimpin wanita di masa akan datang,” katanya.\rBagi pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) MOM hari ini, Norminshah berkata tidak ada calon yang menarik diri di saat akhir dengan senarai jawatan yang dipertandingkan hanya membabitkan empat jawatan naib presiden lelaki yang membabitkan pertandingan tujuh penjuru termasuk tiga penyandang jawatan naib presiden, Prof Datuk W Y Chin, Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad, Datuk Roy Rajasingham. \rEmpat yang turut dicalonkan ialah Tan Sri Abdul Halil Mutalib, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Datuk Maijol Mahap dan Tan Sri Mohd Noor Abdul Rahim.\r\n\n\n\n\rSatu lagi jawatan yang dipertandingkan ialah jawatan penolong setiausaha kehormat lelaki yang menyaksikan penyandangnya, Ramlay Ibrahim dicabar T Kumar.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|