View: 124|Reply: 0
|
Saya pentingkan pasukan: Kim Swee
[Copy link]
|
|
“SAYA tidak bimbang status saya ketika ini,” kata Ong Kim Swee menjelang pertemuan getir skuad Olimpik menentang Lubnan pada pusingan kedua kelayakan di Beirut, esok.\rKetua jurulatih itu sebaliknya menyerahkan kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat penilaian sama ada dia akan dikekalkan atau pun sebaliknya.\r\n\n\n\n\r“Bagi saya perkara itu tidak penting sekarang kerana kita belum pun lagi mengharungi kedua-dua perlawanan peringkat pusingan kedua ini.\r\r\n\n\n\n\n“Apa yang menjadi kepentingan bagi saya adalah menyediakan pasukan yang mampu memberi saingan sengit kepada lawan yang jauh lebih kuat,” kata Kim Swee yang tiba bersama skuad 21 pemain di Beirut, malam tadi.\rSebelum ini, skuad Harimau Muda A itu tewas 0-1 kepada Kemboja dan 0-4 kepada Qatar dalam siri persahabatan antarabangsa.\rKim Swee yang sebelum ini mengakui saingan peringkat Liga Super saja tidak mencukupi untuk menyediakan pemain muda mengharungi saingan peringkat antarabangsa, tidak terkejut dengan beberapa keputusan perlawanan persahabatan membabitkan skuadnya.\r“Memang jika diberi pilihan, saya memilih mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan antarabangsa,” kata Kim Swee. “Hanya perlawanan begini akan memberi pendedahan sebenar kepada pemain membentuk pasukan mantap.\r\n\n\n\n\r“Memang keputusan menentang Qatar mengecewakan. Pertemuan dengan Lubnan adalah masa sesuai untuk pemain membuktikan kekuatan sebenar.” Pencapaian Kim Swee membawa skuad Olimpik negara ke pusingan kedua kelayakan dianggap membanggakan dan jika dapat mengatasi halangan Lubnan, ia adalah satu bonus.\rSelepas ini, Kim Swee berdepan satu lagi ujian getir - mempertahankan pingat emas di Sukan Sea Palembang November ini. Selain misi negara, jurulatih berusia 40 tahun itu turut memastikan skuad Harimau Muda A menduduki tangga keenam daripada 14 pasukan dalam penampilan pertama Liga Super.\rApapun selepas dua kemenangan di peringkat Asia Tenggara, peminat bola sepak negara mula memasang angan-angan melihat skuad negara beraksi di Sukan Olimpik 2012 dan Piala Dunia 2014.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|