|
SESIAPA pun boleh jadi juara. Itu pendapat kapten Terengganu, Mohd Marzuki Yusof yang menaruh harapan tinggi pasukannya masih mampu menongkah arus untuk mengatasi pendahulu Kelantan dan menjuarai saingan Liga Super musim ini.\r“Walaupun Terengganu berada di belakang Kelantan dan Selangor, peluang masih terbuka untuk tiga pasukan ini merebut gelaran juara kerana perbezaan mata tidak terlalu jauh,” katanya ketika dihubungi, semalam. \r\n\n\n\n\r Untuk perlawanan terakhir musim ini, Terengganu akan menentang FELDA United di gelanggang lawan, 6 Julai depan dan Marzuki berharap, Terengganu mampu menunjukkan aksi cemerlang membenam pasukan kendalian E Elavarasan itu, sekali gus mengutip mata penuh dalam perlawanan penentuan itu.\r\r\n\n\n\n\n Dalam masa yang sama, Marzuki turut berharap Kelantan dan Selangor gagal dalam perhitungan terakhir mereka.\r“Saya berharap dua pasukan itu tercicir mata,” katanya.\rMenjelang perlawanan terakhir liga itu, Marzuki berkata jurulatih Irfan Bakti Abu Salim pasti mempunyai strategi terbaik untuk membenam lawan sambil berharap, pemain tengah Joseph Kalang Tie yang cedera ketika final Piala FA lalu, sempat sembuh untuk memperkuatkan pasukan.\r“Bagi saya, perlawanan menentang FELDA United bukanlah satu masalah besar kepada Terengganu tetapi kita tidak boleh memandang rendah keupayaan barisan E Elavarasan walaupun mereka kini berada di tangga ke-11 liga.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|