CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

Ada pihak sebar khabar angin

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KAFA dakwa wujudnya kumpulan tertentu tak suka kejayaan Kelantan\rKETIKA The Red Warriors sedang meniti kecemerlangan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan wujudnya kumpulan tertentu yang tidak senang melihat kejayaan dan kemajuan yang dicapai pasukan itu dengan menyebarkan pelbagai khabar angin bagi menjejaskan tumpuan pemain.\r\n\n\n\n\r    Sambil menyifatkan kumpulan itu bukan penyokong tulen bola sepak Kelantan, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa percaya tindakan dilakukan kumpulan itu dibuat secara terancang untuk mengelirukan peminat setia yang banyak memberi sokongan terhadap kebangkitan negeri itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.\r\r\n\n\n\n\n    Tanpa menyebut kumpulan berkenaan, katanya berdasarkan rakaman video ketika perlawanan Kelantan-Perak di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Selasa lalu, kumpulan itu cuba mencetuskan masalah di dalam stadium termasuk dengan mengganggu tumpuan pemain di atas padang.\r“Kumpulan ini dengan sengaja menyebarkan berita tidak benar untuk menghakis keyakinan peminat dan menimbulkan kekeliruan, selain tindak tanduk mereka yang jelas cuba membawa masalah ke dalam stadium termasuk melanggar peraturan ditetapkan, selain tidak menghormati KAFA.\r“Saya anggap kumpulan ini bukan mahu menonton atau menyokong, sebaliknya mahu menimbulkan masalah dan tidak senang dengan kemajuan pasukan Kelantan kini,” katanya di Kota Bharu, semalam.\rSelain itu, kumpulan berkenaan juga menyebarkan khabar angin kononnya ada pemain Kelantan terbabit dengan rasuah dan mengatur perlawanan, selain jadual perlawanan kononnya diubah ke Kuala Lumpur dan Kota Bharu.\r\n\n\n\n\rTimbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berkata, pihaknya sudah mengenal pasti latar belakang kumpulan berkenaan berdasarkan rakaman video yang diambil KAFA dalam perlawanan itu tetapi melahirkan kegusarannya dengan fenomena yang mula menjejaskan imej The Red Warriors.     \r“Peminat setia diminta tidak mudah mempercayai khabar angin daripada pihak tidak bertanggungjawab ini, sebaliknya merujuk jadual yang ditetapkan FAM.”\rDalam pada itu, Annuar berkata, 15,000 tiket disediakan bagi peminat yang ingin menyaksikan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu, malam esok dan KAFA sebagai pengelola perlawanan, mengadakan persiapan termasuk memberi peluang kepada peminat bertemu pemain Malaysia dan Myanmar dalam sesi di ruang legar KB MALL, Kota Bharu, jam 3 petang ini.\r“Tempahan tiket secara berkumpulan untuk pelajar sekolah turut dibuka dengan sekolah menyenaraikan nama pelajar dan harga tiket dikenakan hanya RM5 bagi setiap pelajar,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.178254 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list