View: 270|Reply: 0
|
Gambar pemain dicetak pada tiket edisi terhad
[Copy link]
|
|
PASUKAN kebangsaan sekali lagi diberi pengiktirafan apabila gambar skuad Harimau Malaya dicetak pada latar belakang 25,000 keping tiket edisi terhad sempena perlawanan persahabatan bertemu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal di Stadium Bukit Jalil, 13 Julai depan.\rPenghargaan itu nyata menaikkan semangat pemain negara untuk menunjukkan prestasi terbaik apabila berdepan gergasi EPL yang dipimpin Arsene Wenger itu.\r\n\n\n\n\r “Sebenarnya kami tidak menjangkanya sama sekali tetapi saya rasa ini akan menyemarakkan keyakinan pemain untuk berdepan Arsenal. Sebagai jurulatih, saya berbangga dengan penghormatan ini,” kata jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajabopal dalam sidang media mengenai tiket perlawanan persahabatan itu di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Tiket edisi terhad itu dijual dengan harga RM58, RM68, RM108 dan tiket VIP RM388 menerusi www.ticketpro.com.my ataupun cawangan Nike terpilih.\rArsenal yang kali terakhir menjejakkan kaki di Malaysia pada 1999 dan kini dalam siri jelajahnya ke Asia dijangka turut menarik perhatian peminatnya di negara jiran seperti Vietnam, Singapura dan Thailand.\r“Dulu sewaktu mereka hadir, kira-kira 80,000 penonton membanjiri stadium dan memakai jersi Arsenal. Kali ini kita harapkan penonton tempatan mengenakan jersi Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap pasukan kebangsaan,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|