View: 113|Reply: 0
|
Pro&Kontra: Gejala rasuah gugat sukan
[Copy link]
|
|
BERDASARKAN laporan media akhir-akhir ini, saya terkejut dan kecewa dengan gejala rasuah bola sepak yang tiba-tiba muncul semula untuk menggugat kemajuan sukan terbabit.\rBaru sangat rasanya pasukan bola sepak kebangsaan, kembali menempah nama di pentas antarabangsa selepas kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki, dan kini kembali tercemar dengan gejala yang tidak bermoral itu.\r\n\n\n\n\rMasih subur dalam ingatan kita, sekitar tahun 1994-1995, apabila industri bola sepak tanah air hampir lumpuh dengan gejala yang sama, tetapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihak-pihak lain bertindak cepat dalam memeranginya.\r\r\n\n\n\n\nPasukan Perak juga mengambil masa yang agak lama, kira-kira empat tahun untuk membentuk semula sebuah pasukan yang mantap bagi menghadapi pertandingan-pertandingan bola sepak tempatan dan Alhamdulillah, pada tahun 1998, Perak memenangi Piala Malaysia.\rBegitupun, di sebalik masalah yang berlaku, pasti ada sebabnya - seperti terpengaruh dengan gaya hidup mewah, kebajikan pemain terabai, gaji lewat dibayar, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO tidak dilakukan oleh majikan pemain-pemain terbabit.\rJusteru apakah pendekatan yang harus dilakukan? Jika ia berpunca daripada perkara-perkara yang dinyatakan tadi, masalah ini harus diselesaikan menjelang musim baru 2012 kerana kemasukan semula pemain import. Sekiranya masalah kelewatan gaji masih berlarutan, dikhuatiri ia akan memalukan bola sepak tanah air.\rAda pasukan yang menghadapi masalah kewangan apabila prestasi mereka tidak konsisten, tetapi itu bukan alasan bagi majikan yang bertanggungjawab. Mungkin masalah ini boleh diatasi jika persatuan bola sepak negeri dipimpin oleh seseorang yang berpengaruh seperti Menteri Besar atau Ketua Menteri.\r\n\n\n\n\rMungkin juga sudah tiba masanya semua persatuan bola sepak negeri, yang belum meminda perlembagaan mereka bagi membolehkan pelantikan Menteri Besar atau Ketua Menteri dibuat secara automatik, berbuat demikian dengan segera.\rSetakat ini hanya beberapa buah negeri antaranya Selangor, Kedah dan Selangor yang mempunyai perlembagaan melantik Menteri Besar masing-masing sebagai presiden persatuan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|