View: 87|Reply: 0
|
Ju Pha idam jadi chef terkenal
[Copy link]
|
|
Ratu basikal trek SUKMA XIV harap dapat teruskan pengajian dalam bidang kulinari\rTAHUKAH anda ratu basikal trek Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur, Ju Pha Som Net mempunyai minat mendalami bidang masakan dan bercita-cita menjadi seorang chef terkenal. \r\n\n\n\n\r Dengan merangkul empat pingat emas dan satu perak pada temasya yang bakal melabuhkan tirainya, hari ini pelumba keturunan Siam itu sebenarnya pakar memasak tomyam apabila lauk itu sering menjadi kegemaran mereka yang merasai ‘air tangan’ ratu trek itu. \r \r\n\n\n\n\n “Sebenarnya apabila saya ada masa terluang, saya suka memasak dan sebab itu juga saya berharap dapat meneruskan pengajian dalam bidang kulinari selepas ini,” kata pelumba berusia 18 tahun itu.\r“Saya tidak ada idola dalam bidang masakan tetapi memang dari dulu lagi gemar melihat orang memasak atau mencuba memasak sendiri,” katanya.\rSedang memohon pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), nama Ju Pha sebenarnya tidak asing lagi apabila pelumba pelapis itu sudah terlebih dulu mencipta nama di peringkat Asia dengan memenangi empat pingat perak dan satu gangsa pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011 di Korat, Februari lalu bagi memperbaiki rekodnya pada ACC 2010 apabila dia memenangi dua perak dan dua gangsa.\rBiarpun sudah kali ketiga menyertai SUKMA, pelumba itu tidak pernah memenangi pingat emas pada temasya terdahulu sehingga SUKMA Kuala Lumpur kali ini dia meraih pingat dalam semua acara individu disertainya. \r\n\n\n\n\rKehadiran bapanya, Som Net Lim pada perlumbaan di temasya itu membantunya memenangi empat emas menerusi acara scratch, pecut, kejar mengejar dan 500 meter ujian masa individu wanita sementara satu perak diperoleh daripada acara keirin.\rBakat ratu trek itu sebenarnya dilahirkan menerusi projek pencarian pelumba berketurunan Siam di Perlis pada 2004 dengan Ju Pha adalah satu-satunya pelumba daripada 30 pelumba dalam projek itu yang kekal berkayuh dan bersinar.\rMempunyai darah campuran Siam dan Cina, Ju Pha yang menganut agama Budha menyambut beberapa perayaan dalam setahun.\r“Keluarga saya menyambut Tahun Baru Cina, Krismas dan Pesta Air (Songkran) yang disambut bersempena tahun baru di Thailand namun saya selalunya ketinggalan menyambut perayaan ini kerana sibuk mengadakan latihan atau pun berada di luar negara menyertai kejohanan.\r“Kadang-kadang rindu juga untuk meraikan perayaan bersama-sama namun buat masa ini saya perlu berkorban sedikit untuk menjadi pelumba hebat pada satu hari nanti,” katanya.\rINFO\rNama: Ju Pha Som Net \rTarikh lahir: 26 April 1993\rAsal: Chuping, Perlis\rTinggi: 1.60 meter\rBerat: 53 kilogram\rAdik beradik: Anak keempat daripada lima beradik\rHobi: Membeli belah dan mendengar muzik
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|