|
HASIL persiapan rapi sejak 2006, Selangor mendominasi acara ping pong Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur dengan meraih emas kelimanya pada hari terakhir sukan itu di Sports Arena, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam.\rPengurus pasukannya, Foo Siang Meng berkata, kontinjen itu mensasarkan tiga pingat emas dan dua pingat perseorangan lelaki dan beregu lelaki menjadi bonus buat mereka. Selangor turut merangkul emas acara berpasukan wanita, beregu campuran dan beregu wanita.\r\n\n\n\n\r Dalam perlawanan akhir semalam, Selangor mengesahkan pingat emas kelima menerusi perseorangan lelaki apabila dua pemainnya, Chee Kien Ee dan Dunley Foo bertemu di final yang memihak pemain 15 tahun Dunley, 5-11, 5-11, 7-11, 11-6, 11-5, 7-11.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|