View: 96|Reply: 0
|
Perebutan juara masih terbuka
[Copy link]
|
|
Terengganu kekal di tangga teratas dengan 23 emas, 5 perak, 10 gangsaTEMASYA Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur sudah melepasi pertengahan jalan, namun kontinjen mana yang bakal menjuarai senarai pungutan pingat masih terbuka meskipun juara bertahan, Terengganu kekal mendahului selepas berakhir hari keenam, semalam.\rDengan hanya menambah satu emas dari berbasikal trek menerusi Ummi Hamimah Mohamad yang menjuarai acara Keirin, Terengganu kekal di tangga teratas dengan keseluruhan 23 emas, 5 perak dan 10 gangsa. \r\n\n\n\n\r Johor yang berada di tempat kedua, mula merapatkan jurang apabila meraih dua emas menerusi lawan pedang epee berpasukan wanita dan sabre berpasukan wanita serta satu perak menerusi pelumbanya, Mohamad Fakhruddin Daud dalam acara 1km Ujian Masa Individu lelaki dan satu gangsa dari pasukan foil lelaki.\r\r\n\n\n\n\n Dua emas dan satu gangsa daripada gelanggang lawan pedang itu membantu Johor kekal di tangga kedua dengan 15-14-6, diikuti Negeri Sembilan (10-8-13).\rDi gelanggang lawan pedang yang melabuhkan tirainya semalam, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, atlit lawan pedang perlu membuktikan keupayaan di Sukan SEA Indonesia, November depan andai mahu mendapat ‘perhatian’ lebih serius daripada MSN.\r‘Perhatian’ itu, katanya termasuklah memastikan skuad lawan pedang negara memperoleh tempat di Sukan Olimpik 2012 di London.\rKatanya, persembahan ditonjolkan atlit lawan pedang muda pada SUKMA kali ini dianggap cemerlang dan harus dijadikan landasan untuk membuktikan kemampuan di peringkat serantau pula.\r\n\n\n\n\r“Jika dulu lawan pedang bukan sukan wajib dan hanya dipertandingkan pada temasya SUKMA tertentu saja, kini SUKMA Kuala Lumpur memberi peluang dan pendedahan untuk mereka teruskan ke peringkat antarabangsa,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|