CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Young harap gol yakinkan Capello

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Ashley Young mengakui dia gembira dapat membuktikan sesuatu kepada Fabio Capello ketika pemain sayap England itu masuk dari bangku simpanan sebelum memastikan keputusan seri 2-2 ketika menentang Switzerland di Wembley, kelmarin.\rCapello membuat kejutan apabila mengenepikan Young bagi kelayakan Euro 2012 kelmarin sungguhpun bintang Aston Villa itu menampilkan aksi memberangsangkan ketika menang ke atas Wales Mac lalu.\r\n\n\n\n\r   Jurulatih England itu memilih gandingan James Milner dan Theo Walcott sebagai pemain sayap tetapi England begitu merindukan kelicikan Young ketika mereka ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.\r\r\n\n\n\n\n   Penalti Frank Lampard sebelum rehat menyuntik harapan buat England dan Capello memperbaiki kesilapannya dengan menurunkan Young sejurus selepas rehat.\rPemain 25 tahun itu membuktikan dia sepatutnya dimasukkan lebih awal dan hanya mengambil masa enam minit untuk meledakkan gol penyamaan selepas menerima umpanan Leighton Baines yang mendada bola ke arahnya.\rDengan Young menikmati peranan bebas berbanding penyerang utama Darren Bent, England kelihatan seperti pasukan yang bahaya dan seharusnya menang jika tidak kerana kegagalan Bent menyempurnakan dua peluang baik.\rYoung meraih anugerah pemain terbaik perlawanan atas usaha cemerlangnya dan dia berharap persembahan itu akan meyakinkan Capello untuk meletakkan namanya dalam kesebelasan utama selepas ini.\r\n\n\n\n\r“Bagus dapat kembali menjaringkan gol selepas dimasukkan dari bangku simpanan,” kata Young.\r“Saya begitu kecewa tidak memulakan perlawanan tetapi menerimanya dengan baik. Apabila mendapat peluang, anda mahu menampilkan aksi memikat dan saya rasa saya berjaya melakukannya hari ini.\r“Ia memang gerakan cantik antara James Milner dan Leighton Baines. Saya berada pada kedudukan baik untuk merembat dan gol itu menyamakan kedudukan buat kami.” – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.044944 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list