|
SERAMAI 300 atlit sudah mula memasuki perkampungan sukan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi semalam yang dipilih sebagai perkampungan sukan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan membuka tirainya esok hingga 12 Jun ini.\rAntara atlit yang mula mendaftar masuk ialah kontinjen Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Sarawak.\r\n\n\n\n\r Pengarah Pengurusan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ab Jalil Abdullah berkata, semua atlit yang bertanding tiba secara berperingkat selepas dibenarkan masuk ke perkampungan sukan dua hari sebelum acara bermula.\r\r\n\n\n\n\n “Sehingga hari ini (semalam), semua persiapan siap 100 peratus dan kini hanya menanti ketibaan atlit,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKMA Kuala Lumpur 2011.\rAbd Jalil berkata, Kolej Pendeta Za’ba yang boleh memuatkan 3,700 penghuni sudah bersedia menerima 3,336 atlit dan 1,456 pegawai yang menyertai temasya kali ini. \rPeserta acara futsal dan bola tampar pantai bagaimanapun menginap di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam kerana venue acara masing-masing terletak di Shah Alam.\rPada hari pertama SUKMA esok, polo air, judo, silambam dan tenis akan membuka tirai saingan masing-masing.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|