View: 171|Reply: 0
|
Hamman tak jadi lawan Blatter
[Copy link]
|
|
Presiden AFC dakwa terluka, kecewa dengan reputasi FIFA yang tercemarPARIS: Mohamed bin Hammam menarik diri daripada pertandingan untuk mengenepikan presiden FIFA, Sepp Blatter semalam, hanya beberapa jam sebelum berdepan jawatankuasa etika badan bola sepak dunia itu berhubung dakwaan rasuah.\rHammam, 61, yang melancarkan kempennya atas perjuangan anti rasuah dan melancarkan perang mulut dengan Blatter yang sudah lama berada di tampuk kepimpinan, berkata dalam blog peribadinya bahawa dia menarik diri demi reputasi FIFA.\r\n\n\n\n\r “Saya membuat keputusan untuk bertanding jawatan presiden FIFA kerana saya masih dan akan kekal untuk menggerakkan perubahan dalam FIFA,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n “Namun, perkara yang berlaku kebelakangan ini menyebabkan saya kecewa dan terluka — pada peringkat profesional dan peribadi,” kata Hammam yang memegang jawatan presiden Gabungan Bola Sepak Asia.\r“Menyedihkan bahawa usaha untuk memperjuangkan apa yang saya percaya berakhir dengan harga mahal yang terpaksa saya bayar — reputasi FIFA yang tercemar. Ini bukan apa yang saya mahukan untuk FIFA dan ini tidak boleh diterima.”\r“Atas sebab ini saya mengumumkan penarikan diri daripada pemilihan presiden,” katanya.\rPemimpin Qatar itu menambah, dia tidak mahu keputusan itu dikaitkan dengan penyiasatan jawatankuasa etika FIFA dan berjanji akan menghadap jawatankuasa berkenaan bagi membersihkan namanya daripada ‘tuduhan liar’.\r\n\n\n\n\rKenyataan Hammam itu adalah babak terbaru dalam persaingan merebut jawatan tertinggi bola sepak dunia yang menyaksikan dia mengemukakan tuduhan rasuah terhadap lawannya, Blatter. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|