View: 75|Reply: 0
|
Negara bakal ketandusan bakat olahraga
[Copy link]
|
|
ADAKAH negara bakal menghadapi masa depan gelap dalam sukan olahraga?\rMungkin itulah persoalan yang bermain di benak pegawai sukan itu berdasarkan hanya tujuh rekod baru dicipta pada kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ke-53 yang berakhir di Ipoh, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Lebih membimbangkan, tiada sebarang catatan baru dilakukan peserta kategori 18 tahun lelaki mahupun perempuan, sebaliknya semua rekod baru kejohanan dicipta peserta kategori 12 dan 15 tahun.\r\r\n\n\n\n\n Daripada tujuh rekod baru, hanya satu rekod dicipta peserta lelaki iaitu atlit Kedah, Ku Azmir Syazwan Ku Sharif dalam acara 400 meter.\rFaktor cuaca berikutan hujan saban petang mungkin dijadikan alasan berbanding 16 catatan rekod baru pada temasya di Johor Bahru, tahun lalu.\rJusteru Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) harus melakukan bedah siasat segera untuk mencari punca mengapa atlit 18 tahun yang dilihat sebagai pengganti kepada atlit negara ketika ini, gagal menyinar atau Malaysia perlu menunggu lama sehingga Ku Azmir serta enam atlit perempuan yang ketika ini berusia 11-14 tahun mengisi tempat atlit kebangsaan ketika ini.\rSarawak memaparkan kehebatan untuk muncul juara buat kali ke-15 dengan himpunan 21 emas, 17 perak dan 15 gangsa dan berdasarkan prestasi atlit muda negeri itu, mereka dijangka mampu mengulangi kejayaan pada temasya ke-54 di Kangar, tahun depan.\r\n\n\n\n\rPersoalannya, negeri mana pula yang mampu mencabar dominasi kontinjen Bumi Kenyalang itu?\rApapun edisi ke-53 pasti dikenang sebagai penganjuran terbaik oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak terutama majlis perasmian yang berwarna-warni terutama persembahan cahaya 1Malaysia oleh hampir 10,000 murid sekolah.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|