View: 2003|Reply: 10
|
Tuntutan CUEPACS berkaitan bonus, elaun perlu ditentukan ikut kemampuan kerajaan
[Copy link]
|
|
Font: [ BB B M S ]
•andangan •Surat •2011-06-21 12:20 •Click: 19 •Disediakan oleh Berita Harian
KONGRES Kesatuan Pekerja Dalam Sektor Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam dan menaikkan elaun sara hidup diselaraskan kepada RM300 sebulan di semua tempat. Permintaan itu dimohon kepada Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012.
Dalam keadaan sekarang, CUEPACS perlu menyarankan kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti dan memastikan negara kita muncul sebagai negara maju pada 2020, berbanding tuntutan untuk mendapatkan bonus dan kenaikan elaun sara hidup. Bagaimana pula nasib orang yang bekerja sendiri, penoreh getah pesawah, petani, nelayan, pemandu bas, kereta sewa dan teksi mereka tiada gaji dan elaun sara hidup? CUEPACS disaran turut memperjuangkan perkara lain juga seperti kebajikan kakitangan awam. Kini Kementerian Sumber Manusia pula mengumumkan mengenai penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 yang dijangka dapat beroperasi tahun ini. Penubuhan badan itu akan memberi impak kepada pekerja berpendapatan rendah dapat gaji minimum akhir tahun ini.
Kini 34 peratus atau 350,000 pekerja sektor awam mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sama ada kerajaan mahu memberi bonus atau sebaliknya terpulang kepada kemampuan kewangan kerajaan.
Adalah menjadi keutamaan kerajaan mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan dalam pilihan raya umum lalu. Kakitangan awam disaran mencontohi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang segan meminta bonus dan elaun tambahan kerana kemampuan kerajaan kini berada pada keadaan minimum
Sikap boros berbelanja akan mendorong kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akhirnya membawa kepada tekanan inflasi tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana pula nasib orang yang bekerja sendiri, penoreh getah pesawah, petani, nelayan, pemandu bas, kereta sewa dan teksi mereka tiada gaji dan elaun sara hidup.
depa ni keja brapa jam ja 1 hr.yg keje goment ni dok 8@9jam kat pejabat ade ko kesah... |
|
|
|
|
|
|
|
asik mintak ja..
servis tak bagus pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
biaq la kt ceupacs tu..dia bkn kacau org pon..apa slh dia mntak gaji,bonus la apa la..yg dok jeles pasai pa
periuk nasi jaga masing2 la..rezeki masing2 la..
kita sronok tgk org gaji besaq2..kn bguih cm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
biaq la kt ceupacs tu..dia bkn kacau org pon..apa slh dia mntak gaji,bonus la apa la..yg dok jeles p ...
john_pablo Post at 21-6-2011 17:35
I like ur statement |
|
|
|
|
|
|
|
tuntutan bagai, tp apa usaha nk capai tututan tuh... cupek n gomen mmg x bleh harap, pandai2 lah carik side-income sundrik n bat keja patut padan dengan gaji dahh |
|
|
|
|
|
|
|
dah bnyk kali mintak...haroooom nak dpt! |
|
|
|
|
|
|
|
sar9eant
klu servis x bagus mati habis la pesakit kt spital weyyy... |
|
|
|
|
|
|
|
org slalu kutuk staff gov x bagus, x bt kj etc tp sbenarnya mereka lbh bagus dr sesetgh pihak swasta yg kita deal ari2. kdg2 tu bila g private sector ni cam x lyn org je pastu x nk tanya kalu kita duk situ, ada gak yg bekasar n sevis pn lembab. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang segan meminta bonus dan elaun tambahan kerana kemampuan kerajaan kini berada pada keadaan minimum
lawak btul baca statement ni
gaji & elaun dia mmg dah byk, xperlu mintak pon |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|