CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 16552|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Piala Thomas tanpa Zii Jia?

[Copy link]
Post time 16-2-2026 11:45 PM | Show all posts |Read mode
Piala Thomas tanpa Zii Jia?

Oleh Helmi Talkah - Februari 16, 2026 @ 9:25pm




Zii Jia tarik diri daripada Terbuka Jerman daripada 24 Februari hingga 1 Mac ini. - NSTP/ASWADI ALIAS



KUALA LUMPUR: Adakah skuad badminton lelaki negara terpaksa melupakan khidmat Lee Zii Jia bagi menghadapi Piala Thomas, April depan?

Persoalan itu timbul selepas pemain perseorangan lelaki profesional negara itu menarik diri daripada saingan Terbuka Jerman dari 24 Februari hingga 1 Mac ini berdasarkan kemas kini senarai pemain dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 yang menduduki ranking ke-64 dunia itu sebelum ini layak beraksi di kejohanan Super 300 berkenaan, namun dijadual memulakan cabaran di pusingan kelayakan.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus mencetuskan persoalan mengenai tahap kecergasannya menjelang saingan Piala Thomas yang akan berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei depan.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei memaklumkan badan induk itu masih menunggu maklum balas rasmi daripada Zii Jia selepas surat jemputan dihantar bagi menyertai skuad kebangsaan menghadapi kempen Piala Thomas 2026.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan, Kenneth Jonassen pula mengakui Zii Jia mampu menjadi aset penting pasukan sekiranya berada pada tahap kecergasan terbaik dan komited untuk bersama skuad di Horsens.

Selepas melalui musim 2025 yang terjejas akibat kecederaan, Zii Jia kembali beraksi Januari lalu dengan menyertai empat kejohanan.

Namun, dia terpaksa menarik diri ketika menentang pemain Indonesia, Alwi Farhan pada suku akhir Masters Thailand, bulan lalu.

Kecederaan di ibu jari serta lutut kanan yang berdarah dipercayai menjadi punca dia tidak dapat meneruskan perlawanan itu.

Terdahulu, selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia pada kemunculan semulanya, Zii Jia menegaskan dia hanya akan menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi Piala Thomas sekiranya tahap permainannya sudah kembali sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus.

"Untuk saya, saya sentiasa bersedia jika diperlukan, tetapi jangkaan saya mungkin sedikit berbeza.

Saya perlu kembali sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus barulah saya benar-benar yakin untuk mewakili pasukan dalam Piala Thomas.

"Sejujurnya, jika diletakkan sebagai perseorangan ketiga, saya sendiri tidak melihatnya sebagai satu kelebihan. Itu jangkaan peribadi saya," katanya.

Tahun ini juga menyaksikan Zii Jia gagal layak beraksi di Seluruh England buat kali pertama sejak 2020 selepas mengalami kejatuhan ranking dunia.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/02/1510388/piala-thomas-tanpa-zii-jia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.159803 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list